Antara Tips ‘Stress Free Parenting’ Para Ibu Bapa Boleh Amalkan.

 

Bagaimanakah teknik keibubapaan yang terbaik untuk dipraktikkan agar menjadi ibu dan ayah yang hebat buat anak-anak. Berikut merupakan 7 tips ‘stress free parenting’ untuk menjadi ibu dan ayah yang hebat buat anak-anak tercinta.

1. ‘Avoid Unnecessary Stress’.

Elakkan diri daripada stres yang tidak sepatutnya. Amalkan konsep ‘YES, NO, IGNORE’ dalam apa jua situasi termasuk dalam menghadapi kata-kata orang di sekeliling kita.

  • Jika anda bersetuju, dengan tegas katakan ‘YES’.
  • Jika tidak bersetuju, dengan tegas juga katakan ‘NO’.
  • Jika ia tiada kaitan dengan anda, ‘just IGNORE’ – abaikan sahaja untuk elakkan ‘unnecessary stress’.

Sosial media juga merupakan salah satu sumber ‘unnecessary stress’ yang boleh mempengaruhi emosi ibu dan bapa. ‘Unfollow’ individu dan sumber berita yang negatif serta doakan agar mereka diberi hidayah daripada Allah. Dengan mengelakkan diri daripada ‘unnecessary stress’, anda pasti berjaya menjadi ibu dan bapa yang lebih tenang dalam mendidik anak-anak.

2. ‘Be Practical’.

Sebagai manusia biasa, pasti sukar untuk seorang ibu atau bapa menjadi supermom atau superdad, tetapi cuba untuk latih diri menjadi lebih fleksibel dan tidak rigid. Lakukan sesuatu mengikut logic minda anak anda, iaitu menjadi lebih praktikal. Sekiranya anda letih untuk mengemas rumah yang bersepah, beritahu anak anda bahawa anda penat, dan lakukannya bersama-sama.

Didik anak dari kecil untuk menjadi lebih praktikal yang bersesuaian dengan keadaan. Pasti mereka akan faham keadaan ibu bapanya kelak yang hanya melakukan sekadar mengikut kemampuan, bukannya seolah-olah seperti Superman.

3. Reset Aras Jangkaan.

Ibu bapa harus tahu kemampuan anak-anak sendiri. Lihat kebolehan dan kelebihan anak-anak terlebih dahulu sebelum meletakkan harapan yang tinggi. Setiap anak yang dilahirkan itu berbeza bakatnya. Ada yang bijak melukis, bermain alat muzik, suka membaca dan pelbagai bakat lagi. Jangan memaksa anak-anak untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan anda.

Perkara ini dipanggil ‘small success’, anak-anak bermula dengan ‘small success’. Apabila anak telah berjaya mencapai ‘small success’ ini, naikkan ‘expectation’ kepada aras yang lebih tinggi untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih hebat. ‘Small success will lead to big success’.

4. Raikan Minat Anak.

Cara untuk menghargai anak=anak adalah dengan tidak memandang rendah terhadap minat atau hobi anak-anak. Raikan minat anak-anak anda bersama-sama supaya mereka tidak merasakan anda seolah-olah benci dengan hobi mereka. Berikan mereka semangat dalam apa jua yang mereka lakukan, dan jauhi diri daripada terlalu memaksa mereka lakukan perkara yang tidak diminati.

Ini kerana, apabila anak tidak menurut kehendak kita dan tidak mencapai jangkaan sepertimana yang kita harapkan, kita pasti akan berasa stress.

5. Amalkan Konsep ‘The World Is My Classroom’.

Beri peluang kepada anak untuk meneroka dunia ini. Benarkan anak-anak untuk mencuba sesuatu perkara yang baru kerana di situ mereka pasti dapat belajar sesuatu yang baru dan bermakna buat mereka.

Sentiasa beri sokongan dan pantau anak dalam proses pembelajaran mereka. Dengan cara ini, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk belajar dan semakin berminat untuk belajar dengan lebih banyak lagi.

Ibu dan ayah juga seharusnya menjadi ‘role model’ buat anak-anak dengan menunjukkan contoh bahawa kita juga sedang belajar dan sentiasa belajar. Pembelajaran dalam kehidupan adalah berterusan dan tidak akan pernah berhenti.

Selain daripada itu, anda sebagai ibu bapa juga perlu;

  • Ajar anak cara cari jawapan dengan setiap soalan, jangan terus spoon feeding.
  • Anda juga harus tukar konsep maksud berjaya, sebagai contoh hanya Gred A sahaja yang berjaya. Jika ini anggapan anda, anak-anak akan berasa tertekan sekiranya mereka gagal mendapat Gred A dalam peperiksaan.

Semoga Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen