Jadilah Ibu Yang Hebat Dengan Mengikuti 6 Tips Ini.

 

Semasa bercinta, pasti anda merasakan anda yakin dapat menjadi seorang isteri yang terbaik untuk bakal suami. Akan tetapi adakah anda yakin bahawa anda bersedia untuk menjadi seorang ibu yang hebat kelak?

Pelajarilah menjadi ibu yang hebat dengan mengikuti 6 tips ini;

1. Harus menanamkan nilai kehidupan dan agama sejak anak masih kecil lagi.

Anak-anak kecil lebih mudah menyerap apa yang mereka lihat dan dengar. Oleh itu, setiap ibu haruslah menanamkan nilai-nilai kehidupan yang positif dan berteraskan agama. Jika tidak memupuk 2 perkara ini pada anak-anak sejak mereka kecil lagi, khuatir apabila mereka membesar sukar untuk dilentur dan dibentuk.

Oleh kerana itu, ramai sahaja anak muda remaja memberontak sekiranya secara tiba-tiba ibu bapa cuba mengubah gaya hidupnya.  Nilai kehidupan dan nilai agama merupakan nilai dasar yang harus dimiliki agar anak-anak agar mereka memiliki karakter sebagai bekalan untuk berinteraksi dengan masyarakat dan dunia luar. Jika anak-anak sudah memiliki nilai-nilai kehidupan dan nilai agama yang kuat, secara tidak langsung ia  boleh mengetahui mana yang baik dan buruk bagi dirinya nanti.

2. Menjadi penasihat yang baik.

Secara lumrahnya, seorang ibu mampu menjadi pendengar yang setia, malah penasihat yang baik kerana kaum wanita memiliki ciri-ciri ini berbanding dengan seorang bapa. Sentiasa mendengar apa yang mereka ingin katakan atau luahkan. Dan kemudian berilah nasihat yang mampu membentuk mereka menjadi anak yang baik.

3. Mengajar anak-anak menjadi seorang yang sabar.

Menjadi seorang isteri memang perlu banyak bersabar dengan kerenah suami, apatah lagi menjadi seorang ibu kelak. Oleh kerana itu, didikan untuk menjadi sabar ini harus menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kelak, malah mereka akan menjadi seorang yang berdisiplin. Jadikan diri anda sebagai idola pada anak-anak, supaya mereka mengingati bahawa sabarnya anda menjadi seorang ibu kepadanya.

4. Menjadi sumber inspirasi pada anak-anak.

Pasti seorang ibu akan berasa terharu sekiranya seorang anak menjadikan ibunya sebagai idola dan sumber inspirasi. Di sekolah pasti cikgu sering bertanya, siapakah idola kita?

“Ibu…sebab dia banyak mengajar saya tentang kehidupan…”

Daripada sini kita  dapat lihat, anak-anak menjadi acuan yang baik kerana dari didikan dari seorang ibu yang baik. Berikan inspirasi agar anak anda memiliki keyakinan dan perasaan optimis yang tinggi bahawa segala masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.

5. Mendidik dengan peraturan.

Menjadi seorang ibu yang berhati lembut, pasti sukar apabila anak-anak mula mendesak apa yang mereka mahukan. Jadi disini, didiklah anak dengan peraturan. Jadi sedikit tegas dalam beberapa hal, supaya anak-anak menjadi seorang yang berdisiplin. Jika, seorang ibu terlalu menurut permintaan anak-anak, kelak mereka akan menjadi terlalu manja. Biasakan anak-anak dengan peraturan supaya mereka bijak menguruskan diri kelak.

6. Menjadi ibu yang saling menghormati.

Anda sebagai ibu juga harus saling menghormati pada anak-anak. Bukan bertuankan anak, akan tetapi untuk mengajar bahawa  untuk saling menghormati. Anak hormati anda sebagai ibu, malah anda hormati hak mereka supaya lebih mudah dalam mendidik.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen