“Jangan Ingat Hidup Suami Isteri Sentiasa Sweet..” Kongsi Lelaki Ini Tentang Susah Senang Dalam Rumah Tangga.

 

Melayari alam rumah tangga memang bukan mudah, kerana banyak cabaran yang harus ditempuhi bersama pasangan. Mereka yang kuat fizikal dan mental sahaja, akan mampu hadapi dengan tenang walaupun terkandas sementara.

Saudara Mohd Yazid Ismail telah berkongsi tentang bagaimana sukarnya hidup berumah tangga ketika fasa “miskin dan susah” 3 tahun lalu di laman facebooknya, jom ikuti kisah yang selanjutnya…

********

Kami kawin pada tahun 2007, dua-dua masih belajar UIA. Kami di tahun 2 pengajian. Nampak macam gatal nak kawin sangat kan.. hehe.

Tapi sebenarnya saya dah plan lama tau, bukan saje2 gatal terus nak kawin. Saya plan sejak 2003, masa tu saya tengah buat tahfiz di Darul Quran JAKIM. Walaupun calon isteri belum ada lagi tapi dah plan awal nak kawin masa belajar.

Oleh sebab dah ada plan, saya mula kumpul duit dengan buat bisnes jual topup hp di DQ dan matrik uia PJ. Bila masuk uia Gombak tahun 2005 saya buat home tuition dan boleh dapat lebih kurang 2k sebulan, dah macam gaji fresh grad ni. Untuk mencari duit saku melalui home tuition ketika itu amat digalakkan, kerana demand yang tinggi sekitar lembah klang.

Bila income dah stabil dan duit simpanan dah banyak baru lah saya cari calon. Alhamdulillah melalui orang tengah, @safira, saya berjaya propose Widyana Ali untuk dijadikan isteri dan dia setuju berkahwin dalam masa terdekat. Saya terus hubungi mak dia dan lepas beberapa kali berbincang maknya pun setuju.

Alhamdulillah, nilai hantaran yg diminta hanya rm6000 tanpa barang2 hantaran lain, tapi saya terpaksa hutang dengan kawan2 yang baik hati, sampai sekarang saya masih hargai keikhlasan mereka.

Mana pergi duit yang saya kumpul sejak sekian lama? Duit simpanan habis lebur sebab terpedaya dengan “investment” yang kononnya akan bagi return tinggi. Kerana masih mentah dan naïve campur tamak,maka inilah harga kebodohan yang saya perlu bayar, duit untuk kawin habis sekelip mata. Rasanya tinggal baki rm2000 je, sedih.

Ingat ye, janganlah percaya dengan bisnes atau pelaburan yg menjanjikan return bulanan yang “too good to be true”. Saya dah insaf.

Tahun pertama perkahwinan, kami terpaksa pindah randah banyak kali sebab masalah bajet dan masalah silap faham dengan owner rumah. Mula-mula menumpang di rumah orang, pastu sewa bilik di atas kedai restoran, kemudian pindah ke flat Fiona di Batu Caves.

Pindah lagi ke flat di Taman Melati dan terakhir sewa sebahagian rumah Makcik Rokiah di tepi MRR2. Banyak habis duit sebab bayar deposit dan kos perpindahan.

Masalah kewangan makin meruncing bila kereta Proton Savvy 2nd hand yang saya beli selalu rosak, banyak kos habis untuk baiki. Dulu kononnya beli savvy sebab nak jimat minyak, tapi bila google di internet baru tahu savvy ni memang ada banyak masalah, menyesal beli.

Kalau nak kira duit yang masuk agak banyak, home tuition 2000+ ptptn 600 + JPA isteri 1200, boleh dapat rm3800 sebulan tapi tu lah masalah pun banyak tambah pula nak bayar hutang orang.

Kadang-kadang sampai korek celah2 almari cari duit syiling untuk beli makanan. Nak beli mesin basuh kena menabung berbulan2 dulu, beli peti ais kena tunggu berbulan2 lagi.

Tinggal di rumah kecil hanya dua bilik, Dyana nak masak agak susah sebab ruang dapur macam bukan dapur, sekadar ada buat cukup syarat je. Kalau family nak datang ziarah kat rumah,kami hanya dapat sediakan sedikit makanan yg termampu sebab duit tak cukup.

Masuk tahun kedua pun masih sama, sampai tahap saya tak beli baju baru untuk diri sendiri dan isteri, kami utamakan dulu barang2 rumah dan keperluan anak yang baru lahir.

Mak saya tegur beberapa kali sebab saya tak beli baju untuk Dyana, saya rasa malu dan rasa bersalah. Tapi Alhamdulillah Dyana sangat2 memahami keadaan kami dan dia bersabar, tetap tenang ceria. Dia cakap tak kesah pasal appearance ke, pasal tak ada barang kemas ke tak ada masalah yang penting tak susahkan orang lain. Selesaikan hutang orang dulu.

Pakaian untuk anak kami selalu belikan yang size besar supaya dia boleh pakai lama. Ikutlah orang nak kata apa pun kami tak kesah.

Walaupun hidup susah, kami dua2 makin cemerlang pelajaran lepas kawin. Dua semester sebelum kawin Dyana tak pernah dapat Anugerah Dekan tapi lepas kawin sentiasa dapat Anugerah Dekan setiap semester sampai grad. Padahal mengandung, pastu jaga baby, tambah plak masalah kewangan dan masalah kesihatan anak. Saya pun sama, CGPA makin naik dan rezeki makin bertambah.

Pada tahun ketiga alam rumahtangga, keadaan ekonomi keluarga makin stabil. Masa ni saya dah di tahun akhir pengajian. Home tuition masih berjalan dan saya tambah kerja dengan jadi unit trust consultant Public Mutual secara part time.

Sambil2 tu saya intai peluang pekerjaan samada swasta atau kerajaan, tapi kecewa sebab masa tu krisis ekonomi tahun 2008-2009 maka peluang pekerjaan sangat2 terhad. Lepas grad saya tak dapat kerja makan gaji. Teruskan kerja mengajar home tuition sambil jadi consultant. Tak pernah hadiri interview kerja.

Sekarang dah 9 tahun malayari bahtera rumahtangga, banyak dugaan dan ujian yang telah diharungi, susah senang bersama dengan penuh harmoni dan tolak ansur. Makin lama makin bertambah rezeki, anak2 pun makin ramai alhamdulillah. Dah lama berhenti buat home tuition. Sekarang full time consultant unit trust, kerja yang guna sijil SPM je.

Walaupun income bulanan saya sekarang dah lebih 10 kali ganda dari income masa baru kawin dulu, tapi kami tetap cermat uruskan perbelanjaan. Kalau ikut kiraan, saya dah mampu beli 2 biji bmw 5 series tapi saya masih pakai Myvi sampai sekarang. Ada orang bila dah ada duit lebih mula lah rasa tak selesa naik kereta local, rasa bergetar dan sakit belakang katanya.

Kepada adik2 yang nak kawin, rancanglah betul2 perkawinan, kewangan kena urus secara teliti. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan masalah duit. Jangan ingat hidup suami isteri ni sweet2 sahaja.

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama tv 3 je bila kawin terus kaya, rumah fully furnished, kereta bmw.

Jangan ingat saya hadapi masalah kewangan sebab kawin masa belajar, kawan2 yang kawin lepas grad pun sama.. semua mula dari zero balik. Apa yang penting suami isteri kena bertolak ansur dan dua2 kena berusaha dan sentiasa BERDOA DAN TAWAKKAL.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,002 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen