Wanita Yang Susah Dapat Jodoh, Disarankan Selalu Memakai High Heels. Ini Kerana...

 

Ada anggapan yang menyatakan bahawa kasut tumit tinggi (high heels) berupaya membuatkan wanita tampak lebih menarik dan seksi. Sebuah kajian pun mengungkapkan, lelaki cenderung lebih ramah kepada wanita yang mengenakan kasut tumit tinggi berbanding yang mengenakan kasut flat.



Sebenarnya, adakah memang benar Kasut tumit tinggi boleh membuat wanita kelihatan lebih menarik?

Menurut Jeremy Nelson MSW PhD, seorang pakar psikologi sosial dan keperibadian, pada masa kini memang banyak para wanita yang sangat mengambil berat dengan penampilan mereka, khususnya dalam mengenakan kasut.

Mereka bahkan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli kasut yang boleh menyempurnakan penampilan. Namun, sehingga kini masih belum ditemui apakah sebenarnya kesan kasut terhadap penampilan dan penilaian orang sekeliling terhadap pemakai tersebut.

"Hingga saat ini belum lagi diketahui adakah pilihan jenis kasut memberikan kesan terhadap penampilan wanita, atau kepercayaan diri yang dirasakan oleh wanita," ungkap Nelson.



Nelson kemudian menjelaskan tentang sebuah kajian yang dilakukan oleh Nicolas Gueguen, seorang profesor psikologi dari Universiti Bretagne Sud, Perancis.

Gueguen mengkaji kasut yang dikenakan wanita di dalam 4 rangkaian eksperimen. Hasilnya menunjukkan kasut tumit tinggi diasosiasikan dengan aura seksi yang lebih mendalam, membentuk unsur-unsur fizikal yang lebih menarik, kecantikan, ketertarikan kepada lelaki lain.

Menurut Nelson, pilihan untuk memakai kasut tumit tinggi atau tidak, ianya bergantung kepada wanita itu sendiri. Berdasarkan hasil penelitian Gueguen,  sekiranya wanita ingin membuat lelaki tertarik atau mendapatkan bantuan dari lelaki, maka wanita boleh berusaha dengan salah satu caranya iaitu memakai kasut tumit tinggi. Cara ini juga boleh digunapakai wanita ketika bekerja kerana ianya boleh mempengaruhi untuk memudahkan urusan kerja.



"Meski demikian, penting untuk disadari bahwa efek persuasif kasut tumit tinggi sepertinya berkaitan dengan ketertarikan seksual. Sehingga, mengenakan kasut tumit tinggi tidak berpengaruh pada wanita lainnya, kecuali Anda memiliki ketertarikan yang sama akan sepatu," jelas Nelson.

Selanjutnya, Nelson menambahkan, sekiranya wanita tidak ingin menggunakan daya tarik seks untuk menarik perhatian lelaki atau untuk kelihatan berpengaruh, sebaiknya jangan menggunakan kasut tumit tinggi. Secara umumnya, tidak ada efek negatif mengenakan kasut tumit tinggi di hadapan wanita lainnya atau risiko memperoleh respon seksual yang berlebihan dari kaum lelaki.

"Tidak heran jika beberapa wanita sangat terobsesi dengan kasut tumit tinggi karena memang dapat membuat wanita terlihat begitu menarik. Jika wanita berniat ingin mencari jodoh atau membuat lelaki membantunya dalam suatu hal, mengenakan kasut tumit tinggi dapat menjadi pilihan," sebut Nelson.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,125 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen