9 Panduan Untuk Menjaga Hubungan Kekeluargaan Menurut Islam.

 

Sebagai Muslim adalah sangat penting untuk menjaga hubungan kekeluargaan berlandaskan syariat. Oleh kerana itu adanya kitab Al-Qur’an dan hadis sebagai panduan orang islam untuk dirujuk. Pentingnya dua sumber ini sebagai rujukan supaya hubungan kekeluargaan dapat mengecapi sakinah mawaddah wa rahmah.

Oleh itu jom ketahui 9 panduan tersebut;

1. Anak Dan Isteri Sebagai Penyejuk Hati.

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Ayat ini merupakan satu doa yang boleh diamalkan untuk memperoleh jodoh, zuriat atau tatkala memohon kebaikan pada anak juga isteri ke jalan yang diredhai oleh Allah.

2. Anak Dan Isteri Merupakan Ujian.

“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah at-Taghabun ayat 14)

3. Pelihara Diri Dan Keluarga Dari Api Neraka.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu..” (At-Tahrim : 6)

4. Doa Memohon Anak Yang Baik.

“Wahai Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar doa.” (Surah Ali Imran: 38)

Ini merupakan doa Nabi Zakaria a.s.

5. Anak Itu Fitrah (Suci).

Rasulullah SAW bersabda;

“Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Mendidik Anak.

Rasulullah SAW bersabda;

“Mendidik anak lebih baik bagi seseorang berbanding bersedekah secupak.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

7. Adab Mulia Terhadap Anak.

“Tidak ada pemberian seorang bapa terhadap anaknya yang lebih baik dari adab yang mulia.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

8. Cara Mendidik Anak.

“Berlaku pemurahlah kamu terhadap anak-anak kamu dan perbaikilah adab mereka.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

9. Ganjaran Memperoleh Anak Soleh.

“Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Banyak tips mahupun panduan yang boleh diambil melalui nas Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW? Ini hanyalah sebahagian sahaja. Justeru, bagi mereka yang tercari-cari serta bingung bagaimana ingin menyelesaikan permasalahan anak-anak juga suami/isteri, berbaliklah semula pada kedua sumber ini.

Benarlah firman Allah SWT menyatakan;

“Sesungguhnya, Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Al-Israa’: 9)

Juga sabda Baginda SAW;

“Aku telah tinggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat salaam kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis Riwayat Imam Malik dan Muslim)

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen