Antara Kesan-Kesan Pengambilan Pil Perancang.

 

Apabila sudah berumahtangga, maka sedikit ilmu tentang perkahwinan dan cara menjaga kesihatan ini sangat penting untuk anda pelajari. Terutama jika ia berkaitan dengan kehamilan. Ada sesetengah orang akan menanti pemberian cahaya mata di awal perkahiwnan mereka, tapi ada sahaja yang ingin merancang kehamilan mereka kerana merasakan masih belum bersedia.

Itu semua terpulang kepada individu tersebut, tetapi sedikit ilmu yang perlu anda ketahui adalah mengenai pengambilan pil perancang ini.

Pil kontraseptif oral, atau lebih dikenali sebagai pil perancang, merupakan kaedah merancang keluarga yang efektif. Kaedah ini telah diamalkan oleh ramai wanita sejak dahulu lagi. Di samping keberkesanannya dalam mengawal kehamilan, amalan pengambilan pil ini juga mengandungi kesan sampingan tertentu, yang ada kalanya mengganggu kehidupan seseorang wanita.



1. Pendarahan kecil intermenstrual.

Kira-kira separuh wanita yang mengambil pil ini mengalami masalah pendarahan faraj – juga dipanggil pendarahan kecil intermenstrual – yang berlaku antara tempoh jangkaan haid. Keadaan ini selalunya terjadi dalam tempoh 3 bulan terawal selepas anda mula mengambil pil perancang. Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan banyak lebih daripada 3 hari, segera berjumpa dengan doktor.

2. Loya.

Pil perancang juga boleh menyebabkan loya jika anda mengambilnya buat pertama kali. Anda perlu mengambilnya dengan makanan atau sebelum tidur bagi mengurangkan ketidakselesaan akibat loya. Kesan sampingan ini selalunya akan mengganggu anda dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun, jika keadaan anda teruk dan berterusan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar.

3. Sakit pada payudara.

Satu lagi kesan sampingan lazim akibat pengambilan pil perancang adalah sakit pada payudara. Selalunya, gejala ini akan reda selepas beberapa minggu. Bagi mengurangkan ketidakselesaan pada payudara, anda perlu mengehadkan pengambilan kafein dan garam. Selain itu, anda juga disarankan untuk memakai coli sokongan. Jika kesakitan anda bertambah teruk atau anda mendapati ketulan pada payudara anda, sebaik-baiknya berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

4. Sakit kepala.

Hormon seks dalam pil perancang adalah punca utama yang membuatkan anda sakit kepala dan migrain. Bergantung kepada jenis dan dos hormon, anda mungkin akan mengalami simptom sakit kepala yang berbeza.

5. Naik berat badan.

Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan pil perancang boleh meningkatkan berat badan anda, namun ramai wanita yang mengadu tentang retensi bendalir dalam payudara dan pinggul mereka selepas pengambilan kontraseptif jenis ini.


6. Perubahan angin.

Wanita yang mengambil pil kontraseptif berkemungkinan mengalami kemurungan atau perubahan emosi. Jadi, jika anda pernah mengalami kemurungan, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mula mengambil pil ini.

7. Terlepas haid.

Walaupun anda makan pil dengan betul, namun anda mungkin akan terlepas atau tidak datang haid. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti stres, sakit, melancong, dan ketidaknormalan hormon atau tiroid. Jika anda tidak datang haid walaupun masih mengambil pil perancang, doktor mungkin akan menyuruh anda melakukan ujian kehamilan sebelum anda meneruskan pengambilan pil.

8. Libido menurun.

Dalam sesetengah kes, hormon pada pil perancang boleh menurunkan kemahuan seks anda. Jika simptom ini berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor.

9. Lelehan faraj.

Penggunaan pil perancang boleh menyebabkan peningkatan atau penurunan lelehan faraj anda. Secara amnya, keadaan ini tidak menyakitkan. Namun, jika anda bimbang akan berlaku jangkitan, dapatkan konsultasi daripada doktor.

10. Penglihatan berubah dengan kanta lekap.

Penahanan bendalir yang disebabkan oleh pil perancang boleh membuatkan kornea mata anda mengembang atau berubah bentuk. Akibatnya, anda tidak lagi sesuai dan selesa memakai kanta lekap biasa anda.

Jangan risau akan perkara ini, terdapat pelbagai jenis pil perancang yang berada di pasaran. Cuba cari yang bersesuaian dengan diri anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen