Jangan Salah Berhutang, Mari Bezakan Hutang Baik Dan Juga Hutang Yang Tidak Perlu.

 

Hutang adalah satu perbuatan meminjam wang daripada pihak lain untuk memenuhi keinginan atau keperluan kita yang tidak mampu kita bayar sekaligus menggunakan wang sendiri. Biasanya hutang ini dilakukan apabila seseorang itu ingin membeli satu barangan yang melebihi kemampuan dirinya.

Namun begitu, hutang ini terbahagi kepada dua, iatu hutang baik dan juga hutang yang anda tidak perlukannya. Tidak semua hutang akan membebankan diri anda, tapi ada jenis-jenis hutang ini akan memberikan keuntungan kepada diri dikemudian hari.



Hutang baik:

1. Hutang Pendidikan.

Pendidikan adalah perkara yang penting pada masa ini, di mana ia mampu membuat anda menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan. Ia juga mampu mengasah kemahiran dalam diri anda secara tidak langsung ia akan membantu diri anda untuk mendapatkan pendapatan melalui kemahiran tersebut.

Ini bermakna, jika anda berhutang demi melanjutkan pelajaran itu adalah satu perkara yang perlu dilakukan apabila anda tidak mampu untuk menampung perbelanjaan nanti. Hal ini kerana, peluang anda mendapatkan kerja yang baik akan lebih tinggi jika mempunyai pemdidikan.

2. Hutang modal perniagaan.

Anda ingin memulakan perniagaan, tapi anda tidak mempunyai modal yang cukup dan ia menyebabkan anda terpaksa berhutang. Jangan risau, berhutang untuk memulakan perniagaan itu adalah perkara biasa, mana tidaknya anda sedang berusaha mencari pendapat yang lebih menguntungkan diri anda.
Biasanya jika perniagaan anda berjalan dengan lancar, maka anda mampu membayar hutang yang dibuat dengan kadar segera.

3. Hutang membeli rumah.

Dengan kadar gaji yang rendah, sangat sukar seseorang itu ingin membeli rumah secara tunai. Maka dengan itu, berhutang adalah salah satu cara yang boleh dilakukan jika ingin memiliki rumah. Nilai tanah dan rumah akan meningkat dari tahun ke tahun jadi tersangatlah berbaloi jika anda berhutang membeli rumah pada ketika ini.


Hutang yang tidak perlu dimiliki.

1. Hutang membeli kenderaan mewah.

Melihat rakan-rakan menaiki kenderaan mewah, pasti anda ingin memilikinya satu bukan? Namun begitu, kereta mewah ini anda tidak mampu untuk membelinya secara tunai bukan? Jadi anda terpaksa berhutang dan perlu menanggung bunga yang banyak. Bukan itu sahaja, kereta juga perlukan rutin penyelenggaraan, membeli petrol dan juga membayar cukai pada setiap tahun.

Sebab itulah anda tidak sepatutnya menanggung hutang hanya ingin memiliki kereta mewah sahaja. Hal ini kerana nilai harga sebuah kereta ini semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

2. Hutang membeli barangan berjenama.

Apabila anda bergaul dengan rakan-rakan yang suka memiliki barangan berjenama, maka anda juga akan terikut-ikut dengan jejak mereka. Namun, anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli barangan yang berjenama dengan banyak setiap bulan, maka anda akan berhutang semata-mata untuk memilikinya. Sedangkan anda tidak selalu menggunakan barangan tersebut.

Berhutang semata-mata kerana barangan berjenama adalah perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan. Hal ini kerana, ia tidak memberi keuntungan kepada anda malah ia hanya sekadar pembaziran.

3. Hutang kad kredit.

Menggunakan kad kredit kerana ingin membantu dalam perbelanjaan, malah ia juga memudahkan untuk tidak membawa wang yang banyak. Namun hati-hati dengan penggunaannya. Jika anda tidak dapat mengawal keinginan anda untuk berbelanja, maka penggunaan kad kredit ini hanya akan mengundang bahaya pada diri anda sahaja.

4. Hutang perbelanjaan perkahwinan.

Perkahwinan ini adalah perkara yang dilakukan sekali seumur hidup, maka dengan itu ramai pihak mengambil peluang untuk melangsungkan majlis yang meriah sehinggakan ada yang sanggup berhutang.

Perkara ini tidak sepatutnya anda lakukan. Adalah lebih baik anda melangsungkan majlis berdasarkan kemampuan anda. Jika anda berhutang semata-mata demi majlis yang gah, nanti anda akan menanggung hutang walaupun telah miliki anak lima.

Jadi berhutanglah kepada perkara yang membawa kebaikan kepada anda. jangan terlalu mengikut keinginan dan kehendak yang akhirnya menyusahkan diri anda sendiri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,608 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen