“Perbelanjaan Suami Isteri Melebihi Dari Duit Gaji?” Ikuti Kisah Ini Cara Untuk Menyelesaikan Kewangan Negatif.

 

Dalam perbelanjaan keluarga, pasti ramai dikalangan suami isteri mempunyai masalah kewangan negatif. Dimana, duit gaji tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian selama sebulan seperti perkongsian dari saudara Zamrin Md Zin…

********

Beberapa hari lalu saya bertemu dengan seorang rakan lama yang merupakan bekas rakan satu tempat kerja lebih 10 tahun yang lepas. Merupakan seorang peniaga sepenuh masa dan sambil2 itu akan menjadi pemandu grab pada pagi hari...

Beliau meminta sedikit advise utk mencari penyelesaian yang sangat runcing iaitu masalah kewangan dan rumahnya akan di sita pada hujung bulan ini..

Dengan pendapatan average RM 4500 sebagai peniaga setiap bulan dan isteri beliau yang masih bekerja dan berpendapat bersih RM 1800 sebulan. Masih mempunyai pendapatan yang negatif.

  • Saya minta beliau lakukan di depan mata saya sendiri ( di kedai makan ), melalui sebatang pen dan kertas.
  • Saya minta dia senaraikan pendapatan bulanan suami dan isteri.
  • Kemudian saya minta dia senaraikan perbelanjaan yang di buat setiap bulan.

Nasihat awal : Tiada istilah gaji isteri dan pendapatan suami harus digabungkan.

Akhirnya - pendapatan sebenar untuk beliau dan isteri adalah "NEGATIVE".

kisah kewangan negatif

Termenung merupakan perkara biasa apabilak TIDAK PERNAH menyenarai pendekkan KEPERLUAN dan KEHENDAK. Oleh kerana negatif, maka kadangkala ada beberapa senarai perbelanjaan tidak di buat seperti pinjaman perumahan, peribadi dan TEKUN.

Saya mengutarakan soalan lain.

  • Dimana letaknya simpanan utk tabung kecemasan ?
  • Jika kereta breakdown?
  • jika anak sakit ? atau anak mertua sakit ? atau diri sendiri atau isteri sakit ?

Ini baru cara post morterm asas yang WAJIB anda buat.

Antara perkara pertama yang saya perbetulkan pada waktu itu adalah mengenalpasti yang mana kehendak dan keperluan.

  • Tidak perlu makan malam di luar setiap hari.
  • Harus terminate langganan astro.
  • Harus berhenti merokok serta merta .
  • Makan Tengahari boleh di mansuhkan - bawa bekal di tempat kerja.
  • Kurangkan jumlah perbelanjaan sekolah ( duit jajan ) anak. Didik anak bawa bekal ke sekolah.

Tidak cukup dengan itu, saya meminta beliau pergi ke bank negara dan dapatkan laporan kredit kerana saya hanya dapat melihat keseluruhan status kewangan berdasarkan laporan kredit. Dan, seperti yang saya duga, rekod pembayaran pinjaman rumah adalah tidak bagus - tertunggak 8 bulan.

Cara terbaik yang perlu beliau lakukan adalah "menjual" rumah yang beliau duduki.

Berdasarkan laporan kredit - Jumlah baki hutang semasa adalah RM 125k. Jumlah ini akan menjadi lebih rendah jika di tolak lebihan interest. Tapi saya masih menggunakan nilai 125k sebagai asas pengiraan.

Alhamdulillah, dalam masa 1 hari..ada 2 org potential customer yang berminat memberi rumah tersebut

Harga market value - RM 380k

Customer A Offer : RM 340k ( 10k deposit )

Customer B offer : RM 330k ( 15% deposit @ RM 49.5k )

Customer B adalah penyelamat terbaik bagi situasi beliau.

kisah kewangan negatif

Dengan duit deposit yang bakal beliau terima, ia dapat menampung utk membayar kos mahkamah dan mengelakkan rumah beliau di sita. Gunakan lebihan deposit utk melangsaikan hutang wajib dan clearkan nama suami isteri dari blacklist secepat mungkin.

Apa langkah seterusnya..Hanya saya dan beliau yang akan susun strategi seterusnya.

Saya berdoa beliau dapat menyelesaikan masalah ini.dengan seberapa segera dalam urusan menjual rumah.

MESTI RAMAI TERTANYA KENAPA MESTI JUAL RUMAH NANTI NAK DUDUK MANA ?

Proses jual beli rumah biasanya akan mengambil masa 5-6 bulan atau lebih. Dalam tempoh tersebut, beliau masih lagi boleh mendiami rumah tersebut sehingga proses selesai sepenuhnya. Lebihan kewangan tadi saya sarankan utk jadikan deposit utk membeli rumah kos rendah dan boleh gunakan sedikit untuk mengembangkan bsines sedia ada.

Kemudian buat surat rayuan utk mendapatkan diskaun sebelum membuat pembayaran penu dan jangan lupa dapatkan release letter. Dan saya akan terus membantu beliau

********

Kesimpulannya, apabila berlakunya situasi sebegini dikalangan suami isteri, anda harus;

  • Mencatatkan setiap perbelanjaan yang dibuat.
  • Tahu KEHENDAK dan KEPERLUAN.
  • Sanggup berkorban untuk kedudukan kewangan lebih baik.
  • Wajib sediakan dana kecemasan.
  • Dapatkan nasihat daripada orang yang lebih arif.
  • Bijak gunakan peluang yang ada.

Semoga Bermanfaat Dan Dijadikan Sebagai Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen