Macam Mana Nak Jadi Suami Yang Bijak Dan Berjimat-Cermat? Jom Ikuti Tips Ini.

 

Apakah persediaan para lelaki dari segi kewangan untuk berkahwin kelak, mahupun untuk mereka yang telah berumah tangga? Jom ikuti tips ini…

1. Kurangkan merokok.

Anda perlu tahu, orang yang merokok adalah orang yang kurang cerdik kerana secara tidak sedar telah membakar duit yang beratus ribu setiap bulan. Perokok sanggup membakar duit untuk menghisap asap dan bahan-bahan kimia yang bukan sahaja tidak membawa faedah, malah boleh merosakkan tubuh badan.

Sudahlah mementingkan diri sendiri, malah tidak menjaga kesihatan ahli keluarga. Cuba buka mata dan lihat ‘duit’ yang anda telah bakar itu selama sebulan. Bukankah duit itu boleh jadi perbelanjaan untuk isteri dan anak-anak.

Patutlah isteri cuba meminta barang yang mereka inginkan, sering sahaja si suami memberi alasan tiada duit. Satu hari satu kotak rokok boleh pula belanja. Belanja isteri makan pun tak mampu. Cuba dengar cakap isteri anda, anda bukan lagi hidup bujang.

2. Elakkan “Asal stress dengan isteri nak lepak mamak.”

Apabila ditegur tentang rokok, ada sahaja segelintir dari para lelaki menjadi stress dengan leteran isterinya dirumah, lalu mengajak rakan-rakan untuk lepak di mamak. Duit bakal dikeluarkan untuk rokok, untuk makanan, duit minyak kereta atau motor dan sebagainya. Macam mana nak jadi suami yang bijak? Apabila tertekan sahaja, terus menghembuskan asap rokok.

Bagaimana dengan perasaan isteri di rumah?

3. Elakkan memboros seperti membeli aksesori kereta.

Untuk menjadi suami, persediaan yang paling utama adalah untuk tidak memboros pada maintenance kereta anda. Kerana anda bukan lagi hidup bujang dan keseorangan, anda mempunyai isteri dan anak-anak untuk ditanggung. Sedar tak sedar, banyak duit mengalir terbeli barang-barang yang sebenarnya tak diperlukan pun.

Paling parah sekiranya ada sahaja rakan-rakan yang lain yang lebih berkemampuan atau masih bujang menawarkan aksesori yang membuatkan anda mahu beli, malah mahu show off pada rakan yang lain.

4. Jangan berangan beli kereta second hand lagi.

Anda memang pengumpul kereta yang tegar sejak dari bujang lagi, tetapi berpada-pada dengan hobi anda, jangan sampai isteri dan anak-anak terabai. Malahan kereta second hand juga memerlukan penjagaan yang rapi, dan maintenance agak tinggi berbanding kereta tempatan yang baru. Di samping itu, jika berkemampuan berbincang dengan isteri anda terdahulu sebelum membuat keputusan terburu-buru.

5. Hentikan main game yang anda perlu membuat bayaran.

Selain daripada itu, ada juga segelintir para lelaki yang leka dengan permainan online, malah ada juga yang perlu membuat pembayaran, sehingga bil kad kredit atau bil telefon bimbit melambung. Terutamanya mereka yang berusia muda. Sudah menjadi kebiasaan ingin bermain game dengan rakan-rakan dan mudah terpengaruh sejak dari zaman bujang.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen