Antara Makanan Yang Bantu Menyihatkan Mata Anda.

 

Mata adalah satu perkara yang paling berharga selain organ kita yang lain. Dengan melalui mata kita mampu melihat pemandangan yang indah, melihat orang yang kita sayang, serta melihat kebesaran Allah swt. Mempunyai mata yang sihat adalah perkara yang perlu kita syukuri selalu. Mana tidaknya, ada sesetengah dari kita ini belum tentu mempunyai mata yang mampu melihat dunia secara jelas. Ada yang mungkin cacat penglihatannya seperti tidak boleh membezakan warna atau dunianya sentiasa gelap.

Jadi buat anda yang mampu melihat dunia secara jelas ini, pasti anda mahu menjaga kesihatan mata anda dengan baik sekali bukan? Mata ini terlalu sensitif, jadi dengan menggosok mata dengan kuat serta memakai kanta lekap yang lama akan memudaratkan mata.

Untuk memiliki mata yang sihat, pemakanan yang di makan sentiasa itu adalah perkara yang sangat penting. Hal ini kerana ia akan membantu menyalurkan kebaikan kepada mata anda. Mata anda memerlukan vitamin A, C, E dan asid lemak omega-3, karoten, mineral, asid lemak, dan antioksidan. Kebanyakan nutrisi yang diperlukan oleh mata anda termasuk dalam komposisi sayuran dan buahan, dan makanan semula jadi dari alam. Jadi ketahui makanan yang dapat membantu menjaga kesihatan mata anda melalui artikel ini.

Berikut adalah makanan yang mampu membantu menyihatkan mata anda.



                       

1. Lada benggala merah.

Mengandungi banyak vitamin C dan ia adalah salah satu faktor penting untuk menjaga penglihatan anda dengan baik. Sayuran ini juga baik untuk pembuluh darah di mata anda. Sains membuktikan bahawa ia dapat mengurangkan risiko katarak. Selain itu, lada benggala turut mengandungi banyak antioksidan dan vitamin lain yang membantu melindungi mata anda.

Ia sama ada boleh dimakan mentah dengan salad, dicampur dengan sos, dimakan dengan roti, direbus, atau ditambah dalam hidangan barbeku. Ia juga secara tidak langsung menjadi tarikan dan menambah warna sesuatu hidangan.

2. Biji bunga matahari dan kekacang.

Mengandungi vitamin E. Satu kajian mendapati bahawa campuran vitamin E, bersama nutrisi lain boleh membantu melambatkan perkembangan degenerasi makular yang berkaitan dengan usia (age-related macular degeneration,AMD). Nutrisi dalam biji bunga matahari juga membantu mencegah katarak. Kacang tanah dan kacang hazel juga merupakan sumber vitamin E yang baik untuk mata.


3. Sayuran hijau gelap.

Sayuran seperti bayam mengandungi banyak vitamin C dan E, lutein dan zeaxanthin carotenoid. Vitamin A dalam sayuran hijau membantu mengurangkan risiko masalah jangkitan mata, AMD dan katarak.

4. Salmon.

Retina memerlukan 2 jenis asid lemak omega-3 untuk berfungsi dengan baik: DHA dan EPA. anda boleh mendapatkan asid lemak omega-3 ini dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan makanan laut lain. Kekurangan asid lemak boleh menyebabkan mata kering. Nutrisi dalam salmon membantu melindungi retina dan mencegah buta. Asid lemak omega-3 dalam salmon membantu melindungi kelembapan mata dan melawan AMD dan glukoma. Pakar mengesyorkan untuk memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

5. Daging tanpa lemak dan isi ayam.

Keduanya mengandungi banyak unsur penting yang memberikan anda penglihatan yang baik, seperti zink, kalium, protein dan zat besi.

Zink adalah mineral paling penting yang terdapat dalam retina yang membawa vitamin A dari hati ke retina. Ia digunakan untuk membuat pigmen melanin yang melindungi mata anda dan merangsang pengeluaran enzim, yang berada pada mata yang sihat. Sebagai tambahan, zat besi membantu mencegah degenerasi mata dan membantu menjaga mata walaupun pada usia tua.

Isi daripada ayam, angsa dan burung unta disyorkan bagi menggantikan daging merah yang selalu diambil seperti daging lembu, dan daging kambing.

Pastikan anda mengambil diet pemakanan yang sihat seperti yang disyorkan untuk menjamin kesihatan mata anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,450 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen