Antara Persediaan Kesihatan Untuk Para Lelaki Sebelum Berkahwin.

 

Bukan kaum wanita sahaja yang perlu mementingkan kesihatan dan bersedia sebelum berkahwin, para lelaki juga harus mementingkan kesihatan diri.  Menurut islam, kesihatan yang baik adalah salah satu tuntutan untuk manusia lakukan, dan ia adalah kelebihan kepada orang yang beriman.

Islam amat mementingkan penjagaan makan, kesihatan diri seperti kebersihan dan kecergasan badan. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang menyebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)

Persediaan kesihatan sebelum bernikah bermaksud menjaga diri daripada;

  • Penyakit berjangkit.
  • Virus.
  • Kuman berbahaya serta apa-apa yang boleh memudaratkan pada isteri dan keluarga yang akan dibina.

Selain daripada itu hendaklah seorang lelaki muslim menjaga kesihatannya seperti bersenam, menjaga pemakanan agar dirinya tetap sihat dan segar untuk pernikahan dan tidak menjadi beban kepada keluarga atau isterinya selepas bernikah.

Ada sahaja para lelaki yang tidak membuat persediaan kesihatan sehingga mendapat penyakit berbahaya dan menyusahkan seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Hal ini akan menganggu hubungan suami isteri dan menjadi beban dalam perkahwinan apabila ianya tidak dijaga dan diselia dengan baik.

Kesihatan adalah rezeki dan anugerah daripada Allah SWT tetapi hendaklah dicapai dengan usaha dan disiplin diri dalam menjaga makan dan minum serta rajin bersenam dan memelihara kebersihan diri. Kerana itu terdapat ujian kesihatan sebelum perkahwinan seperti Ujian Hiv untuk:

  • Mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan serta belajar cara untuk menjaga atau mengekalkan kesihatan mereka.
  • Mengesan sekiranya mereka menghidap penyakit tertentu termasuklah Hepatitis B dan penyakit jangkitan kelamin (STD).
  • Mengesan penyakit keturunan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak contohnya talasemia, hemophilia, anemia dan kekurangan G6PD.

Menurut Islam juga pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin sebagai usaha pemeliharaan keturunan, seperti Allah SWT berfirman;

“Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu ( Adam ), dan Allah menciptakan pasangannya ( Hawa ) dari ( diri ) nya dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” ( Surah al-Nisa’ : 1 )

Selain daripada itu, para lelaki yang mahu berkahwin juga perlulah menjaga kebersihan diri seperti;

1. Sentiasa bercukur.

Anda perlu tahu, wajah anda akan berubah sekiranya jambang dan misai dibiarkan tanpa dicukur. Kaum wanita mahukan pasangannya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas. Barulah handsome!

2. Bau badan.

Bukan sahaja kaum wanita perlu menjaga bau badan, kaum lelaki juga perlu titikberatkan hal ini. Lebih-lebih lagi lelaki lebih mudah berpeluh kerana aktif dan produktif berbanding wanita. Malahan bekerja di bawah terik matahari pula sekiranya anda bekerja di luar pejabat. Yang penting jaga pemakanan anda, dan jangan kerap makan makanan yang berbau, kerana ia menjurus pada bau mulut juga. Jangan lupa pakai deodorant yang bersesuaian dengan anda, kerana deodorant ada 2 jenis iaitu semburan dengan stick.

3. Shampoo rambut.

Ada juga sebilangan lelaki yang malas untuk membasuh rambut, apatah lagi menyikat dan meletak minyak rambut. Jika ada kelemumur, sudah tentu pasangan akan berasa tidak selesa untuk mendekati. Oleh itu, jangan abaikan kebersihan rambut ini.

Semoga Bermanfaat Dan Jagalah Kesihatan Anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,036 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen