Jangan Berhutang, Demi Perkahwinan Yang Gah!

 

Disebabkan dengan anggapan perkahwinan hanya berlaku sekali seumur hidup, ramai dikalangan kita mahukan majlis perkahwinan yang gah dan mewah.

“Alaaa, kahwin kan sekali je, kena la buat besar-besaran…”

“Anak mak ni sorang je, buat lah majlis yang mewah…”

Bukan tidak mahu membuat perkahwinan yang mewah lagi gah, akan tetapi takut niat untuk berkahwin lari dari yang sebenar. Jika tidak berkemampuan, nanti sakit pada masa hadapan. Siapa sahaja yang mahu tanggung, anda dengan pasangan juga yang tanggung semuanya.

Mahu berkahwin kerana Allah SWT. Mahu berkahwin kerana mahu mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Jika sebelum perkahwinan tidak mampu merancang perbelanjaan dan kewangan, tidak mustahil setelah berkahwin juga, anda tidak mampu mengendalikan masalah ini bersama pasangan.

Jika sebelum berkahwin sudah hutang sana sini, ketika majlis sudah buat loan perkahwinan di bank, tidak hairan juga selepas berkahwin anda masih berhutang lagi.

Sampai bila mahu berhutang, kan?

Bagi kaum lelaki, sepatutnya perlu ada sedikit perasaan malu sekiranya kahwin pun mahu berhutang. Nanti nafkah wajib beri pada isteri, jangan liat!

Jadi, bagaimana mahu berkahwin tapi dalam masa yang sama tidak berhutang, dan berjimat cermat? Jom ikuti tips ini…

1. Jangan cuba untuk berhenti bekerja.

Dugaan ketika perkenalan dengan si dia memang banyak, malahan ketika bertunang banyak sahaja cabaran yang perlu ditempuhi. Ketika ini lah Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran anda mengendalikan kehidupan serta hubungan dengan pasangan. Tiba-tiba pada saat ini, stress dengan kerja, gaduh dengan majikan, gaji sedikit. Bertahan selagi boleh kerana pada masa kini bukan mudah untuk mencari kerja. Dapatkan sokongan dari pasangan mahupun ahli keluarga.

Pada kaum lelaki, jika ada masalah jangan cuba mendiam diri terlalu lama sehingga pasangan anda mengandaikan perkara negatif tentang anda. Dengan kerja inilah, sumber rezeki yang anda perolehi.

2. Jangan menambah hutang, tetapi tambahkan tunai anda.

Banyak formula untuk uruskan gaji anda yang sudah dikongsi seperti dalam artikel sebelum ini, seperti formula 50/30/20, formula 90/10 dan sebagainya. Rajin menimba ilmu tentang formula untuk menguruskan gaji, supaya pendapatan anda dapat menampung segala komitmen dan perbelanjaan harian.

Jangan tambah hutang seperti kredit kad, membeli rumah dan menukar kereta ketika ekonomi gawat atau melebihi kemampuan dan seumpama dengannya. Dengan isu sebegini, jika tidak betul perancangannya anda boleh menjadi depresi. Uruskan hutang hutang anda dan lenyapkan hutang hutang berasaskan liabiliti dan hanya kekalkan hutang berasaskan aset sahaja.

3. Lakukan dua kerja dan simpan untuk pelaburan.

Memang tidak mampu sekiranya kerja tetap anda pada waktu pejabat, dan selepas itu masih melakukan kerja lagi. Ada juga sebahagian daripada anda melakukan Over Time (OT) kerana mahu menambah wang. Namun semuanya terpulang pada invidu, mengikut kemampuan masing-masing. Yang penting rajin mengendalikan kerja yang kedua seperti business online. Anda boleh rileks di rumah pada waktu malam untuk uruskan kerja tersebut.

Selain daripada itu lakukan kerja sampingan dari rumah seperti menjual penapis air, takaful perlindungan dan sebagainya. Atau pada hari cuti sahaja anda mahu berniaga masakan sendiri dan buat delivery. Pelbagai kaedah anda boleh lakukan, yang penting nawaitu, rajin dan berdisiplin.

Selamat Mencuba dan Jangan Berhutang!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen