Fikirkan Kemampuan Kewangan Anda, Cegah Sebelum Parah.

 

Biasanya kita ini selagi belum ada perkara terjadi, kita tidak akan memikirkan perkara tersebut dengan lebih mendalam atau secara serius. Tapi apabila sudah terjadi, barulah nak kalut dan gelabah. Terutama jika ia melibatkan penggunaan wang ringgit ini.

Masa memiliki wang, anda pasti rasa seronok berbelanja, di mana apa yang anda mahukan serta hajati pasti anda akan membelinya tanpa berfikir panjang. Sedangkan perkara tersebut bukanlah perkara yang penting dan anda tidak seharusnya melakukannya. Tapi biasalah, selagi tidak terjadi apa-apa dan merasakan anda mampu, masa itulah anda ingin habiskan segala wang anda.

Anda sepatutnya berfikir panjang, membuat selidikan dan sediakan pelindungan yang betul apabila ia melibatkan kewangan ini. Jangan sampai anda ditimpa sesuatu baru anda ingin fikirkan pelindungan. Sedikit pandangan yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini, pasti akan membuat anda berfikir sejenak.




Cegah Sebelum Parah

************************


Pengurusan kewangan amatlah mudah jika kau mengamalkan sikap mencegah sebelum terlambat. Kebiasaan yang selalu terjadi ialah memberi hutang dan berhutang pada perkara yang tidak perlu.


Contohnya,


"Sayang, jom buat pembiayaan peribadi sama-sama untuk buat belanja kahwin."


"Kau sahabat baik dunia akhirat aku. Boleh pinjam RM3000 tak. Aku nak buat modal bisnes."


"Kak, gaji saya tak cukup kalau nak beli kereta, boleh jadi penjamin saya?"


"Bang, sofa kita dah buruk. TV pun dah tak clear. Boleh kita beli baru? Bayar ansuran dekat Courtzzs pun boleh."


***


Kau fikir la setakat mana kemampuan kewangan kau. Kalau tidak mampu, katakan tidak. Cuba berani katakan tidak jika ia melibatkan kewangan kau.


Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak mengada berhutang sana sini, nak beli benda yang hanya kehendak kau tu.


Nak kahwin misalnya. Katakan tidak pada pembiayaan peribadi. Berhutang sampai RM30K. Lepastu habis dalam masa seminggu je. Tidak ke rugi. Bagitau pasangan kau, buat majlis kahwin setakat yang mampu je.



Kalau ada kawan datang pinjam duit, kau tengok juga la kawan yang macam mana. Kalau rasa tak percaya, katakan tidak. Bagi la alasan yang munasabah.


Jika kau diminta untuk menjadi penjamin, katakan tidak. Bukan apa, risikonya kau yang kena tanggung. Nama kau yang buruk nanti kalau terjadi apa-apa.


Kalau isteri kau minta beli perabot baru secara berhutang, cepat-cepat katakan tidak. Bagitau dia kenapa. Kumpul duit dulu, lepastu beli la secara tunai. Tak pening kepala fikir nak bayar hutang.


***


Apa yang aku bagitau adalah antara contoh yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Banyak lagi sebenarnya. Kau kena berani katakan tidak untuk perkara-perkara yang tidak patut mengenai urusan pengurusan kewangan.


Elakkan sebelum berlaku. Kau mampu mengubahnya. Kah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen