Antara Permainan Tradisional Yang Generasi Baru Perlu Tahu Dan Bermain Bersama.

 

Sejak masuk zaman millennial, anak-anak hidup dengan perkembangan teknologi di serata tempat. Terutamanya telefon bimbit yang semakin canggih yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara seperti mengambil gambar, mendengar muzik dan dalam pada masa yang sama boleh menggunakan banyak aplikasi.

Kanak-kanak pada zaman sekarang pasti tidak mengenali permainan tradisional. Golongan yang lahir pada tahun 80-90’an adalah golongan yang boleh dikatakan bertuah kerana dapat merasa bermain dengan permainan tradisional ini, malah hidup bersama dengan perkembangan teknologi yang baru. Jadi, budaya mereka tidaklah terlalu ‘culture shock’.

Jom lihat antara permainan tradisional yang generasi baru perlu tahu;

1. Galah Panjang.

Image result for galah panjang

Kredit Foto: Permainan Tradisional

Permainan ini adalah salah satu permainan yang popular dikalangan budak muda pada zaman dahulu. Permainan ini dimulakan dengan melukis petak besar di atas tanah, jika bermain di padang. Dan anda akan dibahagikan 2 kumpulan, iaitu kumpulan 1 menjaga petak, kumpulan 2 akan berlari melepas petak tanpa ditangkap oleh kumpulan 1.

2. Congkak.

permainan tradisional

Kredit Foto: Flickr

Adakah generasi baru sekarang mengenali guli dan congkak? Congkak boleh dimain dengan pelbagai cara dimana pada zaman dahulu sekiranya anak muda memiliki congkak kayu tersebut dianggap kaya. Ini kerana ramai anak muda dulu hanya mengorek tanah iaitu 7 lubang, dan menggunakan batu kecil sahaja untuk bermain. Kalau kalah, boleh menangis.

3. Baling selipar.

permainan tradisional

Kredit Foto: Flickr

Permainan ini juga memerlukan mental yang sangat kuat dikalangan kanak-kanak, walaupun begitu ia tetap menyeronokkan. Seperti biasa anda perlu ada dua kumpulan untuk bermain, dan hanya menggunakan selipar sahaja. Anda perlu fokus untuk meruntuhkan selipar lawan yang telah disusun.

4. Lompat Tikus.

permainan tradisional

Kredit Foto: Google

Permainan ini memerlukan kepantasan otak malah untuk menjadi lebih kreatif kerana anda perlu melepasi tangan-tangan rakan anda dimana ia sebagai halangan untuk anda lompat. Jika berjaya, halangan tersebut semakin tinggi. Memang sakit sekiranya halangan tersebut semakin tinggi.

5. Pukul berapa datuk harimau.

permainan tradisional

Kredit Foto: Blogger

Permainan tradisional ini memang amat menyeronokkan pada zaman dahulu. Begitu takutnya anak-anak kecil sekiranya ditangkap oleh harimau tersebut. Permainan ini boleh dimain dengan pelbagai cara, namun pada zaman dahulu ia hanya memerlukan seorang untuk menjadi harimau dan yang lain akan beratur seperti kereta api. Jika harimau tersebut sudah kira sehingga 12, anda perlu lari dan elak dari ditangkap oleh harimau.

6. Lompat Getah.

permainan tradisional

Kredit Foto: Blogger

Dan antara permainan tradisional yang paling popular adalah permainan lompat getah. Jika dahulu permainan ini terkenal dikalangan kanak-kanak perempuan sahaja, dan sering dibuli atau dikacau oleh kanak-kanak lelaki yang nakal. Namun, lama-kelamaan kanak-kanak lelaki juga mahu turut bermain bersama.

Selamat Bercuti dan Meluangkan Masa Bersama Keluarga!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen