Jangan Terkejut, Jika Wanita Tinggalkan Lelaki Sebab 11 Perkara Ini.

 

Tidak semua pasangan berhasil melalui hubungan yang penuh diharapkan. Mungkin Anda pernah menjalani hubungan yang sulit dan bertanya-tanya, apa yang telah terjadi dengan hubungan ini? Ini alasan di balik keputusan wanita meninggalkan suatu hubungan, meskipun masih mencintai pasangannya. Berikut 11 sebab wanita tinggalkan lelaki menurut Ubaidullah Jaafar.



1. Bercinta bagai nak rak, rupanya masih tak ada plan serius nak kahwin. Habis tu kawan untuk apa? Hanya suka suka mainkan hati orang lain ke?

2. Bagi alasan tak ada duit nak kahwin, sedangkan kalau nak boleh usaha bina kerjaya mulai sekarang. Bukan bina Alasan. Bekerja sungguh-sungguh, berniaga, tingkatkan kemahiran diri, menyimpan.

3. Dah berkawan/bercinta bertahun-tahun, tapi bila di ajak datang rumah jumpa mak ayah, alasannya "..nanti la, nanti laa.." tak bersedia, segan, malu.

4. Dah kenal hati budi masing-masing, tapi masih malu lagi nak terus terang. Tak nak tunjuk kesungguhan yang kita suka dia disitu.



5. Hanya nak berkawan rapat, untuk suka suka jer, tak nak jadikan isteri pun. Teman tapi mesra cukup la. cukup la teman makan sama-sama. Memilih seseorang sangat.

6. Dah bersungguh-sungguh dan usaha, datang rumah jumpa bakal mak ayah, kenal pasangan. Tapi masih tak ada lagi target yang betul. Mungkin 10 tahun lagi ke, 15 tahun ke, entah laa, tengok lah nanti.. Kita bukan tunggul nak kenal harini semata mata nak tunggu 10-15 tahun..

7. Lelaki yang tunjukkan sikap panas baran masa kenal. Baru kenal dah kena maki, belum kahwin lagi. Entah-entah kena sepak terajang.

8. Baru betunang, tapi masih ikut gaya remaja. Kenal dengan orang lain, bergaul bebas. Permainkan hati orang lain.

9. Terlalu control, nak keluar pergi kedai depan rumah kena bagi tahu, nak tidur kena bagi tahu, nak masuk tandas pun kena bagitahu, kalau tak bagitahu merajuk sepanjang hari.. rimas..

10. Acuh tak acuh, tak serius. Kejap nak, kejap tak nak, kejap tak hargai, kejap sayang. Bila dah baik, dilupakan. Bila dah benci, pujuk melutut sampai kaki. Jenis kalau ada, dibuang-buang. Kalau tak ada meroyan!

11. Dah memang bakal mak ayah tak setuju. Yang ni memang tak boleh buat apa. Kita kena move on.. Usaha lagi. Nasihat saya, yang ingin mendirikan rumah tangga, pemilihan bakal suami amat penting. Point di atas adalah cara kita kenal kesungguhan lelaki tersebut. Dan Anda tak kan menyesal, kalau anda undur diri. Sebab anda dah buat keputusan yang bijak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,249 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen