Didik Anak-Anak Anda Menabung Sejak Dari Kecil. Ikuti Tips Ini.

 

Kesedaran untuk menabung haruslah dilakukan ketika anak-anak masih kecil lagi, kerana ketika di awal usia sekitar 6-7 tahun kanak-kanak lebih cepat belajar dan mudah menyerap apa yang berlaku disekelilingnya. Mendidik anak-anak untuk menabung bukan sahaja dapat mengajar mereka kaedah untuk menyimpan wang, malah secara tidak langsung dapat mengenali wang ringgit dari usia yang muda.

Menyimpan wang juga dapat mendidik anak-anak untuk berdisiplin dan bersabar dalam setiap perkara. Jom ikuti tips ini bagaimana untuk mendidik anak-anak menabung:

1. Kaedah duit syiling.

Beritahu anak-anak anda bahawa duit syiling juga amat berguna untuk di kemudian hari. Didik mereka secara perlahan-lahan untuk menyimpan seperti 10 sen untuk 1 hari, 20 sen untuk hari yang kedua, 30 sen untuk hari yang ketiga dan seterusnya sehingga sebulan. Cuba lihat dapatkah anak anda berdisiplin  untuk menyimpan setiap hari dengan kuantiti yang sedikit itu.

Jika anda lihat anak anda mampu untuk menyimpan, cuba pula kaedah lain seperti simpan satu ringgit satu hari. Sebulan dah RM30.

2. Hias tabung yang menarik perhatian mereka.

Untuk menarik perhatian mereka supaya menabung adalah menghiasi tabungnya dengan pembalut warna kerta yang menarik, atau meletakkan sticker kartun, duit dan seumpama dengannya. Selain daripada itu, anda juga boleh mendidik mereka untuk melukis dan mewarna pada tabung tersebut, supaya menjadi lebih kreatif.

3. Tanya anak-anak apa impian mereka.

Jika mereka bertanya, kenapa perlu menabung? Sebagai ibu dan bapa pasti anda dapat melihat hobi mereka, kan? Seperti suka dengan alatan melukis/mewarna, mengumpul permainan seperti Star wars, kereta dan sebagainya. Ataupun alatan muzik. Jadi, dari situ anda boleh menasihati mereka, jika mahukan sesuatu yang mereka mahu, cuba berusaha untuk menyimpan.

Jika mereka mampu menyimpan, jangan lupa ucapkan tahniah, peluk dan cium mereka, mahupun bawa mereka pergi bercuti. Pasti lebih berganda semangat mereka untuk menabung.

4. Hujung bulan nak beli apa?

Atau dengan kaedah dalam jangka masa yang pendek, didik anak untuk menabung apa yang mereka mahu pada bulan tersebut. Jangan berasa takut sekiranya anda melihat kesukaran pada anak-anak untuk menabung, dengan cara begini dapat melatih mereka untuk lebih berdisiplin dan lebih produktif.

Kesannya adalah:

1. Anak-anak tahu betapa susahnya ibu bapa mereka mencari rezeki.

Jangan malu untuk memberitahu mereka tentang kemampuan pendapatan anda. Jika dididik dari kecil, mereka akan faham dengan situasi perbelanjaan keluarga di rumah tersebut. Biar susah-susah dahulu, senang kemudian.

2. Mendidik anak untuk berdikari.

Secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak berdikari sejak dari kecil lagi. Jika mahu lihat anak anda bijak, didik mereka dengan cara sebegini.

3. Mendidik anak untuk tahu dan kenal tentang duit.

Anak-anak juga tahu tentang nilai duit tersebut. Bukan setakat kenal dengan warna duit sahaja, malah mereka akan tahu, dengan nilai tersebut dapat membeli sesuatu barang di bawah jumlah itu. Tidaklah mereka sesuka hati minta pada anda “Mak, nak sepuluh ringgit, nak beli gula-gula…” Padahal jumlah tersebut besar nilainya hanya untuk gula-gula.

4. Anak-anak bakal tahu tentang ekonomi, perniagaan dan seumpama dengannya.

Tidak rugi sekiranya anak-anak tahu tentang kewangan sejak dari kecil kerana mereka bakal tahu tentang realiti masa kini. Tidaklah semuanya mahu barang mahal belaka dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang sebaya dimana sudah mampu memiliki telefon bimbit atau gajet mewah.

Semoga Menjadi Ibu Bapa Yang Berdisiplin Dalam Mendidik Anak-Anak Tentang Kewangan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,478 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen