"Bila Suami Tolong Siapkan Tugasan Rumah, Dikatanya Kita Isteri Pemalas Dan Queen Control..."

 

Setiap kali apabila seorang isteri meminta suaminya membantu menguruskan hal-hal rumah pasti akan ada mulut-mulut berbunyi di belakang mereka ini. Ada yang menyatakan bahawa suaminya itu takut binilah, isterinya itu queen control lah, sedangkan kerja di dalam rumah itu adalah tanggungjawab bersama-sama. Tapi orang disekeliling lebih suka memandang serong terhadap kedua-dua pasangan tersebut.

Tahukah anda bahawa bahagianya si isteri apabila suaminya ini ringan menghulurkan bantuan kepada dirinya, dan bahagianya si suami kerana isterinya ini boleh meluangkan masa buat dirinya. Jadi jika saling membantu dalam menyelesaikan kerja rumah dan menjaga anak ini, masa akan lebih banyak terluang bersama.

Hanya orang kita sahaja selalu beranggapan bahawa tugas di rumah itu adalah tugas si isteri, sedangkan ia adalah tanggungjawab bersama. Sedikit pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin akan kata-kata yang sering kali akan dilemparkan apabila suami isteri tersebut saling membantu menguruskan rumah.



"Senah, kau tengok jiran kita tu, PEMALAS betol. Ada ke dibiarnya laki dia yang sidaikan baju-baju. Dah la laki dia kerje penat-penat, hari cuti kena buat kerje rumah pulak..."

"Kesian laki dia kan, dapat bini PEMALAS..."

Naaahhh, nampak laki orang sidai baju, bini pemalas. Nampak laki orang pegang penyapu, bini pemalas. Nampak laki orang cuci pinggan mangkuk, bini pemalas. Bini pulak yang salah.

"Mat, kau tahu tak, hari tu aku lalu depan rumah Mael, aku nampak Mael tengah menyapu kat ruang tamu, kesian dia Mat, muka nampak ganas, tapi TAKUT BINI..."

Pulakkk dahhhh… Nampak member buat kerje rumah, takut bini. Member tak boleh keluar melepak, takut bini, member lebihkan bini dari kawan, takut bini. Bini lagi yang salah.

"Abang, pergi ambikkan pampers dalam bilik, ayang nak tukar pampers anak ni. Abang, tolong buang sampah jap, sampah dah penuh. Abang, tolong keluar ke kedai beli garam jap, garam dah habis…"

"Osman, hari tu aku tengah bersembang dengan Abu kat luar rumah dia. Bini Abu suruh dia macam-macam ambik pampers, buang sampah, keluar pergi kedai, kesian Abu. Sebab dia dapat bini jenis QUEEN CONTROL..."



Dalam 24 jam, tak penah ke kau orang ni guna akal? Apa yang dibuatnya sebagai suami itu, salah ke? Tolong isteri sidai baju, salah? Tolong isteri kemas rumah, salah? Kerje umah tu kerje siapa?

Sekarang ni, siapa yang tolong kerje siapa.

Hidup berumah tangga ni kena saling bantu membantu, lengkap melengkapi. Isteri suruh bukan bertujuan MENGARAH. Kalau dia boleh buat sendiri, dia akan buat tanpa perlu menyuruh. Mugkin keadaan dan situasinya tak membenarkan dia untuk buat sendiri lalu dia meminta pertolongan suami.

Kita orang luar, kita dengar dan nampak macam suami turut perintah isteri, suami takut dengan isteri, suami memanjakan isteri dan sebagainya, walhal sebaliknya. Member tu dah cukup baik dah jadi seorang suami dan isteri dia dah tersangat bersyukur & bertuah dah dapat suami yang ringan tulang. Kau orang ja yang fikir lebih-lebih, membawang bukan-bukan.

Tak hilang telor dan kejantanan orang laki bila tolong bini.

Kau orang yang mengata tu, buat ke tidak semua kerja-kerja ni...? Tobat lahom la tak buat. Dah kerje nak mengata je.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen