Antara Tips Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat Dari Dr. Sheikh Muszaphar.

 

Ikuti perkongsian Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar tentang pengalaman beliau dalam mendidik anak-anaknya dan bagaimana beliau memberi rangsangan yang optimum kepada mereka.

1. Ucapkan ‘I Love You’ Kepada Anak Setiap Hari!

Ini adalah kata-kata keramat kunci dalam membina hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.

Puji..Cium..Peluk..

Lakukan setiap hari ya ibu ayah! Tunjukkan perasaan kasih dan sayang kita yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Apabila kita penuhi tangki emosi anak dengan kata-kata yang positif, pasti mereka akan membesar dengan baik juga.

2. Isi Masa Anak Dengan Aktiviti Bermanfaat.

Pastikan setiap minit anak-anak itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana setiap minit itu mereka belajar! Anak-anak kecil belajar daripada persekitarannya. Banyakkan aktiviti yang merangsang perkembangan mereka seperti educational toys dan bermain muzik.

3. Pentingnya Fasa 6 Tahun Pertama (Golden Age).

Tidak perlu dinafikan lagi, kajian memang telah membuktikan akan kepentingan fasa 6 tahun pertama anak-anak. Isi dan penuhi tahun-tahun pertama anak dengan pelbagai ilmu memandangkan fasa ini otak mereka berkembang dengan pesat dan pantas.

Setiap ilmu dan rangsangan yang diberikan akan mempunyai potensi yang tinggi untuk tersimpan dalam memori jangka panjang ( long term memory) otak anak-anak.

4. Beri Galakan Kepada Anak Untuk Capai Tahap Tertinggi.

Push to the limit!

Inilah yang sering Dr. Muszaphar kongsikan di dalam media sosial terutamanya kepada anak sulungnya Bella. Beliau menggilap potensi anaknya hingga ke tahap tertinggi dan terbukti Bella sangat cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Beri galakan kepada anak-anak untuk mencapai ke tahap yang tertinggi dalam hidup mereka supaya mereka kental, tidak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Tegas Dengan Setiap Peraturan.

Tegas dengan peraturan yang dibuat dan dalam masa yang sama penuhi dengan kasih sayang. Displin itu kunci bagi setiap orang yang berjaya. Tegas juga perlu bertempat bukan sehingga ‘mencederakan emosi’ anak-anak. Mendidik dengan kasih sayang itu adalah TERBAIK!

6. Dedahkan Anak Dengan Pelbagai Aktiviti.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan Dr. Muszaphar dengan anak-anaknya seperti mendedahkan mereka kepada  sukan renang, berkuda dan seni pertahankan diri. Pengalaman baru yang dirasai anak-anak akan membina ‘neuron pathways‘ yang baru ibarat highway dalam otak mereka. Semakin banyak ‘neuron pathways’ ini terbina, makin berkembanglah otak mereka.

7. Rancang Rutin Anak.

Menurut Dr. Muszaphar, kanak-kanak sukakan rutin. Rancang rutin dalam kehidupan mereka seperti kelas mengaji, kelas berenang, kelas musik dan sebagainya. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin seharian mereka dan jadual yang perlu diikuti. Rancang dengan baik dan mengikut tahap dan kemampuan anak-anak.

8. Amalkan Komunikasi Yang Berkesan.

Pastikan mata kita sama aras dengan anak semasa berkomunikasi dengan mereka terutamanya apabila ingin menegur dan memberi nasihat. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka dihargai dan penting.

9. Berhenti Berkata ‘TIDAK’ Sebaliknya Gunakan ‘KENAPA’.

JANGAN lari..

JANGAN panjat..

JANGAN conteng..

Memang terlalu banyak perkataan JANGAN yang kita sering gunakan terhadap anak.

Jika kita sering mengikut kursus-kursus keibubapaan, sering speaker akan mengingatkan bahawa tukarkan ayat JANGAN itu kepada yang lebih positif. Lebih baik kita terangkan mengapa sesuatu perkara atau tingkahlaku itu tidak boleh dilakukan berbanding berkata JANGAN..JANGAN..JANGAN..

Hanya menegah tapi tidak memberikan penjelasan. Perkara inilah yang selalu kita terlepas pandang dalam mendidik anak-anak. Marikan amalkan komunikasi berkesan dalam keluarga.

10. Persekitaran Rumah Yang Kondusif.

Ini adalah tips yang penting. Sediakan ruang untuk anak yang dapat membantu dalam proses tumbesaran mereka. Contohnya, ruang membaca, ruang bermain dan ruang berkreativiti. Sediakan juga kemudahan dan peralatan yang membantu dalam pembelajaran anak seperti buku-buku ilmiah, educational toys dan peralatan sukan. Anak-anak akan menjadikan ruang rumah sebagai suatu tempat yang membolehkan mereka mempelajari pelbagai ilmu, bukan hanya terhad di sekolah sahaja.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,905 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen