“Kerap Menjerit, Punca Anak Alami Kemurungan.”

 

Menjadi ibu bapa kepada anak-anak yang aktif dan lasak ini sememangnya akan menduga kesabaran yang anda. Itu belum lagi apabila kita larang makin dibuatnya perkara tersebut. Jika seorang mungkin kesabaran itu masih lagi boleh ditahan dan ditanggung, tapi jika melibatkan dua atau tiga orang. Boleh jadi singa ibu bapa ini.

Itu belum lagi jika ibu bapa sudah penat dengan urusan rutian harian di rumah dan di tempat kerja. Sudah tak larat nak kejar maka suaralah akan memainkan peranan. Dari jauh dah nampak anak mula buat perkara yang tidak disukai mulalah menjerit. Ibu menjerit, bapa pun menjerit dah macam tarzan dah kedua-duanya.

Sebagai ibu bapa, kita menjerit itu kerana langkah pencegahan awal untuk anak berhenti lakukan perkara yang dilarang itu, tapi tanpa kita sedar ia sebenarnya memberi kesan kepada emosi anak-anak. Sedikit perkongsian daripada Mohd Fhais akan perkara ini.



Jom kita baca.

                     

Kerap Menjerit Punca Anak Kemurungan !


Tak dinafikan, ibu bapa sekarang sangat mencabar. Ada anak-anak lasak, aktif dan degil. Walaupun begitu, menjerit bukan satu-satunya pilihan untuk menegur kerana menjerit boleh beri kerosakan kekal pada mental dan fisikal anak.


Menurut portal myHealth berikut adalah simptom-simptom anak yang kemurungan:


     i. Pemarah dan suka bermusuh.

     ii. Kurang minat pada aktiviti yang menggembirakan.

     iii. Selalu rasa terpinggit / terasing.

     iv. Perasaan tidak puas hati.

     v. Tak boleh fokus.

     vi. Kurang keyakinan diri.

     vii. Kerap rasa bosan.

     viii. Kurang bertenaga.

     ix. Masa tidur dan makan berubah-ubah.

     x. Kerap rasa sakit kepala, sakit perut.

     xi. Berat badan naik atau turun mendadak

Kerap menjerit pada anak akan memberi tindak balas negatif pada neuron otak anak, anak akan menganggap ibu yang menjerit tadi sebagai ancaman.


Menurut pakar parenting Dr. Taufiq Razif, di dalam ebook tulisannya Formula Kawal Emosi Ibu & Anak, apabila anak menganggap ibu sebagai ancaman dia akan cenderung mengalami gejala 3F ( fight, flight, freeze ).


~ Saya ada share lebih detail tentang gejala 3F ini di telegram saya.



Lihat di sini - t.me/CoretanFhais


Kemudian kesan dari 3F ini akan mempengaruhi minda anak tadi, seterusya mengubah personaliti anak menjadi lebih negatif. Jika tak di ubati segera kesan negatif ini akan kekal sehingga anak dewasa.


Saya faham, menjerit ketika nampak anak membuat salah adalah jalan mudah dan beri kesan katarsis ( kelegaan emosi ) pada kita ibu bapa. Maklumlah sedang marah.


Tetapi tahu tak kesan menjerit ini kadang kala lebih teruk dari memukul?


Jika benjol, luka atau patah sekurangnya kita nampak mana nak di ubati tapi kalau kecederaan mental susah kita nak nampak sehinggalah dah betul-betul serius.


Kalaulah anak boleh mengadu "aduh, ibu sakitnya sel otak adik terkoyak", sudah pasti kita akan taubat dari menjerit.


Marilah kita jauhkan anak-anak kita dari tergolong dalam 4.2 juta rakyat malaysia yang berisiko kemurungan pada 2019.


Nak Anak bijak? ibu bapa kena bijak mengawal emosi dulu.


p/s : Sampaikan juga pesanan parenting ni pada ibu bapa lain juga supaya lebih ramai dapat manfaat.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen