Kalau Dah Jodoh, Pasti Bertemua Jua.

 

Memetik laman sesawang Harian Metro baru-baru ini mengenai seorang guru yang memendam perasaan cinta kepada bekas anak muridnya. Inilah yang dinamakan jodoh. Kata orang jodoh kalau kuat walau sudah terputus lama tapi tetap bertaut kembali. Mari ketahui kisah lanjut tentang percintaan mereka.



“Saya memendam perasaan cinta kepada bekas anak murid ini selama hampir 60 tahun,” kata pesara guru Rahmat Hassan, 83, yang menikahi [email protected] Abd Rahman, 77, selepas mereka yang terpisah sekian lama dan bertemu semula Januari lalu.

Menurut Rahmat, perasaan cintanya muncul ketika dia mengajar Rokiah pada 1954 hingga 1956 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, di sini, namun memendam perasaan kerana ketika itu seorang guru dilarang bercinta dengan anak didik. Tambahnya lagi selepas Rokiah menamatkan pelajarannya, mereka terputus hubungan kerana masing-masing membawa haluan sendiri.

“Rokiah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan kami terputus hubungan.



“Saya hanya dapat berita dia (Rokiah) berumah tangga selepas beberapa tahun kemudian, malah ketika itu saya juga bakal berkahwin.”

Lebih istimewa, pernikahan kedua-dua pesara guru itu disempurnakan bekas pelajar Rahmat iaitu Bakri Awang yang mengajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Pertemuan kembali mereka pada Januari lalu secara tidak sengaja dan turut berkongsi kisah hidup masing-masing.

"Selepas tahu pasangan masing-masing meninggal dunia, kami ambil keputusan mendirikan rumah tangga,"

Menurut Rokiah, dia juga tidak menafikan terpikat dengan guru sendiri kerana sikap baiknya lalu menerima lamaran bekas gurunya.

"Selepas berbincang dengan anak serta saudara mara, bermacam-macam pandangan diberikan. Ada setuju, ada bantah. Namun bagi saya anak lebih penting. Jika mereka setuju, saya teruskan dan Alhamdulillah ia berlangsung seperti hari ini.

Majlis pernikahan dan kesyukuran mereka di adakan di Kampung Parit Jabong, Tongkang Pechah, Johor. Mereka juga merancang menunaikan umrah pada penghujung tahun ini sekali gus menjadi lokasi berbulan madu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen