5 Tanggung Jawab Bapa Yang Lelaki Perlu Tahu.

 

Seorang suami bukan sahaja bertanggung jawab dalam memberi nafkah pada isteri, bahkan perlu bertanggung jawab dalam menjaga anak-anak juga. Menjaga dan mendidik anak-anak bukanlah tugas isteri seorang sahaja, bapa juga perlu memainkan peranan supaya seimbang dalam hubungan kekeluargaan.

Seorang bapa perlu…

1. Melibatkan diri dalam aktiviti harian anak-anak.

Seorang bapa jangan terlalu memanjakan anak-anak hanya dengan duit dan harta sahaja, kerana ia bakal memberi tanggapan negatif pada anak-anak.

Duit = Bahagia.

Tiada duit = Tidak bahagia.

Sekiranya ini yang dilakukan oleh para bapa, khuatir anak-anak membesar dengan bertuhankan duit dan harta sahaja. Oleh itu, bapa perlu melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak seperti menonton televisyen, melakukan kerja rumah seperti melipat baju atau membasuh pinggan supaya hubungan semakin erat.

2. Tahu mengekspresikan perasaan gembira, suka dan sayang.

Memang benar seorang bapa perlu menjadi tegas dan garang, supaya anak-anak mendengar kata dan tidak ‘memijak kepala’ di kemudian hari. Namun, pelajarilah untuk menjadi seorang bapa yang hebat ibarat Superman, boleh melakukan semua perkara termasuk mengekspresikan perasaan.

Anak-anak apabila membesar menjadi tiada perasaan atau dipanggil monotonous berkemungkinan disebabkan bapanya terlalu kaku kerana ingin menjadi tegas semata-mata. Malah tiada tindakbalas dengan persekitaran.

Tips: Latih anak-anak untuk bergelak ketawa, sentiasa berjenaka supaya anak-anak berasa gembira.

3. Perlu menjadi tempat luahan untuk anak-anak.

Jangan biarkan anak-anak memendam perasaan tanpa meluahkan kata-kata yang tersirat. Bukan sahaja para ibu yang perlu mendengar luahan perasaan anak-anak, bapa juga penting dalam situasi ini kerana komunikasi lelaki dan wanita adalah berbeza. Menurut kajian, seorang anak yang belajar komunikasi dengan bapa dapat menguasai kemahiran perbendaharaan kata dan linguistik dengan baik.

4. Menjadi sumber keyakinan anak-anak.

Seperti yang kita tahu perbezaan karakter kaum lelaki dan wanita, ia secara tidak langsung dapat membentuk anak-anak kelak. Secara lumrah lelaki adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang lebih berani dan berkeyakinan tinggi, jadi sifat itu perlu untuk dipupuk pada anak-anak. Bukan sahaja berani dari segi fizikal, bahkan dapat membentuk emosi yang stabil.

Tak ada la anak-anak jadi cengeng sangat bila dewasa nanti.

5. Mendidik ilmu agama yang secukupnya.

Nak mencari jodoh pun, kita perlu pilih yang beragama, inikan pula mahu melahirkan generasi baru. Setiap ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke kelas agama, mengaji dan sebagainya. Namun, jangan melepaskan tanggung jawab mendidik ilmu agama hanya kepada cikgu di sekolah sahaja. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan ini sewajarnya. JANGAN LEPAS TANGAN!

Seperti Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Hak anak pada ayahnya adalah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila dia sudah cukup umur dan mengajarinya al-Quran.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen