Kenapa Kita Perlu Makan Buah Dulu Sebelum Makan Makanan Lain? Baca Penjelasan Ini.

 

“Tak elok makan buah lepas makan nasi, nanti sakit perut…”

Pernah atau tidak kita dengar dengan kenyataan ini? Pasti ramai yang makan buah sejurus sahaja makan nasi berlauk kerana itu adalah pencuci mulut. Namun, sangkaan anda silap. Sebenarnya anda perlu makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menikmati juadah yang berat seperti penjelasan dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ini…

********

Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.

"Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini." [Surah Al-Waqi'ah : ayat 20 - 21]

Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.

Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.

1. Buah-buahan (dan sayur-sayuran) mengandungi serat yang banyak, dapat memperlahankan penyerapan gula yang terlalu cepat. Dengan ini dapat menstabilkan gula dalam darah.

Penyerapan gula yang terlalu cepat menyebabkan tahap gula dalam darah akan menjadi tinggi (walaupun dalam julat yang normal). Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, bacaan gua akan melonjak melebihi julat yang normal.

Ini akan menyebabkan pengeluaran insulin yang banyak dalam tubuh (hyperinsulinemia) dan keadaan ini menyebabkan roses keradangan dalaman (internal inflammation), akhirnya kita akan mengalami masalah kronik yang pelbagai.

2. Mengambil buah-buahan terlebih dahulu juga membantu pencernaan karbohidrat, lemak dan protein dengan lebih baik. Ini kerana ia akan menyediakan enzim-enzim dan asid dalam perut sebelum kehadiran karbohidrat, lemak dan protein. Dengan ini akan mengurangkan masalah pencernaan, yang selalu berlaku seperti rasa kembung perut, rasa memulas atau pedih ulu hati (akibat reflux).

3. Mengambil buah-buahan (dan sayur-sayuran) dahulu juga menjadikan kita lebih puas ketika menikmati makanan dan merasa cepat kenyang. Dengan ini dan mengurangkan pengambilan karbohidrat berproses seperti nasi putih yang banyak. Ia juga menyebabkan kita berasa lambat lapar semula.

4. Saranan ini adalah suatu nasihat (adab) dalam pemakanan. Ia bukan suatu kewajiban yang mesti diikuti. Bila kita mengamalkannya, ia memudahkan kita untuk lebih menikmati makanan, rasa lebih puas dan cepat kenyang. Yang penting ia membantu pencernaan kita.

5. Saya juga mencadangkan pengambilan minyak zaitun OLIVIE dalam pemakanan kerana ia sumber minyak sihat (monounsaturated fatty acid) yang sangat penting.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,965 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen