"Bukan Senang Kahwin Ini, Nak Dapat Keserasian Pun Susah" - Datin Seri Shahida Kongsi Tips Rumah Tangga.

 

Adat dalam sebuah perkahwinan bergaduh, berbaik, saling merajuk dan juga saling berlaku salah faham. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Untuk mencapai satu kebahagiaan itu bukan memerlukan masa yang singkat tapi ia mungkin masa bertahun-tahun.

Mana nak tahu ragam pasangan kita, nak tahu baik buruk dirinya, nak memahami setiap kehendaknya serta nak kenali minat dirinya. Semua perkara ini tidak akan mudah dicapai dalam masa yang singkat tapi ia mengambil masa bertahun-tahun untuk kita dapat membaca apa yang pasangan kita sukai.



Begitu juga dengan pasangan bahagia Dato Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahidah, kedua-dua mereka ini mempunyai minat dan personaliti yang berbeza, namun itu bukan penghalang untuk mereka mendapat kebahagiaan di dalam rumah tangga yang dibina selama 11 tahun sehingga sekarang ini.

Sedikit perkongsian daripada Datin Seri Shahidah akan perjalanan kebahagiaan rumah tangganya di dalam ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.

                      
 


“Dulu baru-baru kahwin kalau ada 30 hari dalam sebulan, 25 hari kita orang gaduh, 5 hari je baik. Dulu gaduh je lari rumah la tak balik tunggu suami pujuk. Tapi sampai ke sudah tak pujuk lepas tu balik sendiri. Lepas tu boleh tanya kenapa u tak pujuk i. Dia jawab siapa suruh lari bukan i halau pun. Lepas tu dah tak lari dah sebab dah tau mmg tak de orang nak pujuk.

Bukan senang tau kahwin ni. Nak dapat keserasian pun susah tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu ajar saya ambik kertas tulis keburukan dan kebaikan pasangan masing-masing. Kalau kebaikan lebih banyak dari keburukan kenapa yang buruk sikit tu dipandang. Sebab semua orang ada buruk. Kita tak sempurna. Kahwin bukan nak cari yang sempurna tapi untuk meyempurnakan sebuah keluarga.

Lepas 11 tahun kita dah kurang gaduh dari 25 hari gaduh sebulan dah jadi 15 hari sebulan kan @aliffsyukriterlajaklaris”

                     



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen