Usia Bukan Halangan, Ketahui Baik Buruk Berkahwin Dengan Suami Lebih Muda.

 

Setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri terhadap pasangan masing-masing. ada yang memilih pasangan muda dan ada juga memilih pasangan yang tua. Buat lelaki tidak ada masalah sekiranya pasangannya itu wanita yang lebih muda, hal ini kerana kebanyakkan lelaki lebih menyukai wanita yang muda daripadanya.

Tapi buat wanita pula, adakah ia sesuatu yang buruk sekiranya suaminya itu adalah lebih muda daripadanya? Namun, jodoh telah diatur dengan sebaiknya, pasti ada kelebihan yang boleh anda dapati daripada suami yang muda ini. Mari ketahuinya.



Kelebihan:

1. Manja.


Lelaki yang lebih muda ini biasanya lebih manja dan selalu ingin dimanjakan. Hal ini kerana, mereka ini sukakan perhatian daripada pasangannya. Rasanya tiada masalah buat kaum wanita akan perkara ini. Hal ini kerana, kebanyakkan wanita suka memanjakan pasangan mereka.


2. Awet Muda.


Orang kata kalau berkahwin dengan yang muda ini, pasangannya itu akan mendapat tempiasnya sekali. Di mana sedikit sebanyak pasangannya itu juga akan kelihatan sedikit muda dari umurnya. Aura yang dibawa oleh pasangan anda turut melekat pada anda sehinggakan anda juga kelihatan muda di mata orang lain.


3. Romantik.


Ada yang kata lelaki muda ini lebih menyenangkan hati, di mana mereka ini lebih pandai memujuk serta tahu mengambil hati pasangannya. Mana tidaknya, diri mereka ini selalu akan melayani pasangan mereka seolah-olah masih bercinta walaupun telah menjadi suami isteri yang sah. Untunglah, kalau merajuk ada yang sedia memujuk.


4. Stamina.




Antara kelebihan yang paling ketara dimiliki oleh lelaki muda ini sudah tentulah stamina yang mereka ini miliki. Orang muda ini sudah tentulah lebih bertenaga serta suka mencuba sesuatu yang baru. Jadi jangan risau apabila anda perlu menjalani hari-hari bersamanya.


Kekurangan:

1. Kewangan.

Apabila suami kita ini lebih muda dari kita, pastilah dirinya belum memiliki kewangan yang kukuh. Mungkin ada yang masih awal dalam dunia perkerjaan ataupun ada juga yang masih menyambung pelajaran. Jangan cepat melatah, kewangan boleh dicari bersama-sama, kebahagiaan belum tentu semua boleh beri pada anda.


2. Kurang matang.


Biasalah, dah nama pun muda lagi. Sikap kurang matang itu pasti akan ada dalam diri mereka. namun begitu, ia adalah perkara yang boleh dibentuk dan anda juga perlulah banyak bersabar. Jangan mudah melenting tapi cuba faham akan darah mudanya itu.


3. Tanggungjawab.


Apabila berkahwin pada usia yang muda, ia akan membuatkan lelaki terbabit masih kurang menikmati zaman bujangnya. Itu yang membuatkan dirinya suka bermain game, suka melepak serta menikamati hobinya. Hal ini kerana, sikap untuk bertanggungjawab dalam rumah tangga masih kurang dalam dirinya.



4. Kurang bertolak ansur.


Mereka ini masih lagi berdarah panas, jadi untuk mengalah akan perkara yang kecil sudah tentu agak sukar. Jadi anda perlu bijak dalam menangani dirinya. Jangan pula anda juga turut mengikuti jejak langkah seperti dirinya.


Jodoh itu adalah perkara yang anda tidak akan tahu melainkan anda telah menjadi suami atau isterinya. Jadi jangan menolak sekiranya anda dijodohkan dengan pasangan yang lebih muda dari anda, nikmati sahaja dan pasti ada kelebihan yang anda perolehi daripada perkahwinan tersebut.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen