Cara Solat Taubat Yang Ringkas Dan Mudah.

 

Apabila dunia semakin tua dan Allah telah tunjukkan beberapa tanda bahawa kiamat semakin hampir, jadi selagi ada masa yang berbaki ini, adalah lebih baik kita kembali mencari amal ibadah sebagai bekalan di akhirat kelak.

Allah swt itu maha pengampun lagi maha pengasihani. Dalam setiap apa yang kita lakukan dan kita merasakan ia salah di sisi agama kita, maka lakukanlah solat taubat. Minta pengampunan daripada-Nya. Jika tidak melakukan salah juga turut boleh lakukannya.

Sedikit perkongsian dari Puan Wan Noor Husna, cara-cara solat taubat dengan mudah.



Semalam adik ipar mimpi hari kiamat. Dalam mimpi, dia nampak bumi kita hancur dalam sekelip mata & masing-masing dalam ketakutan. Aku yang dengar pun seram. So dia tanya mcm mana nak solat taubat. Ok, jom kongsi!

Cara-cara:

                         

1. Niat: "Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala."

2. Rakaat pertama : Al-Fatihah & Al – kafirun.

                       

Rakaat kedua :Al-Fatihah & Al-ikhlas.

                       

3. Sujud yang terakhir, baca tasbih.

"Laailaha illa anta subha nakaa innii kuntu minazzhooliimin" (sebanyak 40x).

Maksud : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku daripada orang-orang yang zalim.

4. Selesai memberi salam istighfar sebanyak mungkin.

✔️Boleh dilakukan berkali-kali & pada bila-bila masa. Lebih afdal dilakukan pada waktu tengah malam yang mana suasananya lebih sunyi & tenang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,999 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen