Suami Isteri Sepatutnya Jangan Berhenti Memperbaiki Diri Demi Kesejahteraan Perkahwinan.

 

Ramai anak muda beranggapan, mengenali pasangan hanyalah ketika di awal perkenalan sahaja. Dan ada juga segelintir daripada kita hanya memperbaiki diri ketika belum lagi bertemu dengan jodoh, maka bersungguh-sungguh melakukan solat sunat, berdoa dan seumpama dengannya. Namun, apabila sudah bertemu dengan seseorang, semua yang pernah dilakukan seperti memperbaiki diri, tidak lagi dilaksanakan.

Semuanya terbiar sia-sia.

Ini kerana ramai beranggapan, jodoh sudah bertemu, tidak perlu lagi untuk memperbaiki diri. Ia adalah langkah yang silap dalam percaturan kehidupan. Memperbaiki diri bukan untuk bertemu jodoh sahaja, malah ia untuk kesejahteraan kehidupan. Untuk dunia dan akhirat. Mengingati Allah bukan ketika belum bertemu jodoh, mengingati Allah adalah untuk selama-lamanya. Jangan tersilap langkah. Khuatir tidak ketemu dengan barakah Ilahi.

Seperti yang sering kita dengar dan tahu, dugaan perkahwinan adalah dugaan yang tidak terjangka dan besar cabarannya. Kerana kita hidup berdua dengan pasangan, semuanya perlu dikongsi bersama, bukan lagi melalui kehidupan berseorangan.

Pasangan adalah untuk saling melengkapi.

Pasangan adalah untuk saling menyempurnakan.

Kerana itu pasangan adalah tempat untuk kita saling memperbaiki diri.

Seperti anak muda bercinta;

“Saya tak layak untuk awak…”

“Saya bukan yang terbaik untuk awak…”

Ketahuilah kita bahawa orang yang matang dan mampu berfikir secara rasional dan dewasa adalah apabila seseorang mampu mengatakan…

“Saya akan jadi yang terbaik untuk awak…”

Bukan meninggalkan kita keseorangan untuk menjadi lebih baik tanpanya disisi.

Begitu juga dengan perkahwinan. Alam rumah tangga. Pergaduhan yang berlaku itu adalah normal, kerana ia adalah salah satu cara untuk kita mengenali pasangan. Tanpa perbalahan pendapat, tanpa komunikasi dua hala, sudah tentu kita tidak akan mengenali pasangan sampai bila-bila.

Tanpa cabaran dan dugaan, kita pasti tidak akan mengenali siapa pasangan kita yang sebenar.

Oleh kerana itu, ramai yang berpendapat bahawa pasangan lebih mengenali antara satu sama lain LEBIH dari keluarga sendiri, malahan sahabat baik juga. Setelah berumah tangga, kita mengetahui sikap sebenar pasangan apabila duduk sebumbung, tidur sekatil dan sebantal, berkongsi tandas dan sebagainya. Dan disebabkan situasi sebegini lah, suami isteri sebenarnya berpeluang untuk memperbaiki diri supaya menjadi pasangan yang terbaik. Itulah namanya perkahwinan.

Resipi perkahwinan dimana suami isteri perlu memperbaiki diri adalah apabila;

SALING INGAT MENGINGATI TENTANG SESUATU PERKARA. BUKAN MENUDING KESALAHAN APABILA TERLUPA.

Seperti tentang;

  • Solat berjemaah.
  • Membasuh pinggan.
  • Melipat baju.
  • Menutup penutup tandas.
  • Menutup penutup ubat gigi.
  • Meletak baju kotor dengan baik pada tempat yang betul.
  • Menutup aurat.
  • Menjaga pergaulan dengan orang yang bukan mahram.
  • Kewangan keluarga.
  • Tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan.

Dan pelbagai isu lagi.

Kesimpulannya, untuk mengekalkan hubungan perkahwinan, suami isteri perlu sama-sama sentiasa memperbaiki diri, bukan hanya salah seorang sahaja yang melakukan perkara tersebut. Masing-masing perlu ada hala tuju yang sama dalam perancangan perkahwinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen