Betul Ke Cuka Epal Boleh Menurunkan Berat Badan Anda? Jom Baca.

 

Bau cuka yang sangat kuat membuatkan segelintir individu tidak gemar akan makanan ini. Apatah lagi membuatkan makanan ini sebagai makanan sampingan. Namun, sebenarnya cuka epal ini banyak khasiat untuk tubuh badan. Dapat memberikan kesihatan dalaman, malah untuk luaran. Tetapi, adakah benar cuka epal ini dapat menurunkan berat badan anda, seperti yang sering diperkatakan?

Jom lihat penjelasan ini.

CUKA EPAL UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN?

Cuka epal sering dijadikan petua untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, perkara ini masih belum dibuktikan secara klinikal.

Menurut kajian iaituu dari Dr. Elizabeth Trattner, Pakar Perubatan Integratif dan Ahli Akupuntur, beliau sering meneliti meta-analisis klinikal di PubMed untuk melihat cadangan makanan tambahan yang sering diberikan kepada pesakit. Cuka epal antara makanan tambahan yang dikatakan baik untuk kesihatan.

Namun hanya sedikit sahaja data klinikal yang membuktikan manfaat tersebut. Walaupun terdapat dapatan yang menyatakan cuka epal membantu mengurangkan lemak, tetapi ia tidak kuat untuk mengesahkan dakwaan itu.

Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Jadi, perkara ini dapat membantu anda mengawal nafsu makan sewaktu dalam proses menurunkan berat badan. Namun ia juga boleh menyebabkan anda terasa mual. Jadi, sebelum anda memulakan apa-apa diet turunkan berat badan, pastikan anda rujuk kepada ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

NAMUN DAPAT MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DALAM DARAH.

Dalam kajian 2012 yang diterbitkan dalam Life Science Journal, didapati cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida bagi pesakit yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Namun begitu, jumlah kajian ini terlalu kecil.

Jadi, dakwaan dapatan ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa cuka epal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Masih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk membuktikan hal ini.

CUKA SEBENARNYA DAPAT MENURUNKAN KANDUNGAN GULA DALAM TUBUH BADAN.

Satu kajian pada 2005 yang diterbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics mendapati apabila cuka epal ditambah dalam makanan yang tinggi glisemik (yang tinggi karbohidrat) ia dapat mencegah bacaan gula naik mendedak selepas makan.

Selain itu, kajian lain pada 2004 yang dijalankan oleh beberapa penyelidik Arizona State University turut mendapati bahawa cuka epal yang dilarutkan sebelum makan makanan yang berkanji boleh mencegah perubahan bacaan gula yang drastik dalam darah selepas makan.

Terdapat juga kajian yang dijalankan oleh University of Tokyo mendapati bahawa asid asetik yang terkandung dalam cuka epal mampu merencatkan aktiviti-aktiviti enzim pencernaan karbohidrat. Kesannya, tidak banyak karbohidrat dapat diserap oleh usus. Perkara ini dapat menghindarkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Namun diingatkan, sekiranya anda ingin menjadikan cuka epal sebagai rawatan alternatif dalam diet diabetes anda, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan dengan air terlebih dahulu untuk mencairkannya.

Di samping itu, cuka epal juga mempunyai kemampuan untuk mengurangkan kandungan gula di dalam darah. Ia dikatakan telah berjaya membantu pesakit yang menghidap diabetes jenis 2. Diabetes jenis ini biasanya disebabkan sekatan rintangan insulin ataupun ketidak kemampuan badan untuk menghasilkan insulin.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengamalkan cuka epal ini sebagai salah satu makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan anda. Cuma, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya. Cuka epal bersifat asid, dan badan kita tidak boleh dalam keadaan terlalu berasid kerana bimbang akan mendatangkan mudarat yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,981 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen