“Apabila Dah Berkahwin Ini Jangan Berlagak Bujang, Ingat Kita Ada Anak Isteri…”

 

Selepas sahaja bergelar menjadi suami atau isteri kepada seseorang, maka kita perlu tahu tanggungjawab yang bakal kita galas sepanjang kehidupan kita bersama pasangan kita. Banyak perkara yang perlu kita korbankan terutama kehidupan masa bujang kita.

Apabila sudah berkahwin ini, kita mempunyai tanggungjawab kepada pasangan kita. Yang suami perlu menjaga dan melindungi isterinya, manakala si isteri perlu menjaga makan pakai suami. Kalau kita sudah mempunyai suami atau isteri tapi masih lagi berkelakuan seperti orang bujang, ia tentu akan menjadi satu masalah dalam hubungan perkahwinan kita itu.

Sedikit pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin, mengenai kehidupan alam rumah tangga. Semoga ia bagi kesedaran kepada kita untuk mula memberikan masa yang lebih kepada keluarga bukanya kepada kehidupan seperti mereka yang masih belum mempunyai tanggungjawab.



"Dah kahwin, buat cara dah kahwin"

Kepada orang lelaki, kehidupan bujang dan kehidupan sudah berkahwin tak sama, tak akan sama. Kalau masih sama, must be something wrong somewhere.

Masa bujang, kita tak terikat dengan siapa-siapia dan apa-apa tanggungjawab. Nak keluar pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak keluar dengan siapa, nak keluar pergi mana.

Bebas… Nak balik, balik. Tak nak balik pun, tak ada masalah. Tak ada siapa nak risau. Tak ada siapa nak cari.
Tak ade siapa nak tunggu kat rumah.

Tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh buat macam itu lagi dah. Dah tak boleh suka-suka nak keluar, suka-suka nak balik, suka-suka nak keluar dengan siapa-siapa, suka-suka nak pergi mana-mana pun.

                         
 
DAH TAK BOLEH...

Sebab di rumah ada isteri. Di rumah ada anak-anak dan mereka ini adalah tanggungjawab kita. Diamanahkan oleh ibubapa mereka, dan Allah kepada kita. Apa yang kita buat, ada orang akan risau, ada orang akan prihatin, ada orang akan tanya dan ada orang akan persoalkan.

“Nak keluar pergi mana...?” “Nak keluar dengan siapa...?” “Nak balik pukul berapa...?” “Tak keluar, duduk di rumah, tak boleh ke?”


Dia tanya sebeb apa? Sebeb kita ni suami dia, laki dia, ayah kepada anak-anak dia. Dia sayang kita, dia tak nak kehilangan kita dan dia tak nak suaminya itu tunjuk contoh yang tak baik kepada anak-anaknya.
Sekarang masa untuk keluarga, dengan keluarga.

Tinggalkanlah apa yangg tidak mendatangkan kebaikan kepada rumah tangga kita itu. Kita dah laluinya dulu, dah pernah pun buat semua tu, jadi dah cukup-cukuplah. Dah merasa dah semua itu.

Dah pernah merempit, dah pernah mengerek awek, dah pernah pergi snooker, dah pernah melalak dalam karaoke, dah pernah tengok wayang tengah-tengah malam, dah pernah lepak mamak sampai pagi, dah pernah tak balik umah.

Dah pernah keluar ke sana sini, ikut suka hati.

DAH PERNAH...

Now stop it, fokus kepada kehidupan berumah tangga, ini fasa seterusnya dalam hidup kita. Kehidupan bujang itu dah jadi sejarah, fasa itu dah lepas, dah kena tinggalkan. Simpan elok-elok dan letak dalam bilik stor sebelum kita yang jadi "sejarah" dalam kehidupan pasangan kita...


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,407 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen