Anak Takut Untuk Berjumpa Doktor? Ini Cara Memujuk Mereka.

 

Anak-anak mudah takut apabila mereka perlu berhadapan dengan doktor, hal ini kerana mereka ini takut sekiranya doktor terbabit akan menyakiti mereka. bahkan mereka ini juga biasa dimomokkan bahawa doktor akan menyakiti mereka.

Tapi jika anda anak anda jatuh sakit, pasti anda ingin membawa mereka ini berjumpa dengan doktor, tapi biasanya pelbagai ragam yang akan keluar pada ketika itu. Sebagai contoh mereka ini akan mula menangis seolah-oleh anda sedang memarahi mereka. Jadi bagaimana ingin memujuk mereka agar mudah untuk berjumpa dengan doktor? Mari ikuti tips ini.



1. Menerangkan tujuan sebenar ke klinik kepada anak anda.

Sekiranya anda kerap membawa anak anda untuk pemeriksaan kesihatan, anda boleh menerangkan kepada anak anda tujuan pemeriksaan tersebut adalah normal terhadap semua kanak-kanak. Anda juga boleh menerangkan peranan doktor dalam memastikan anak anda membesar dengan baik. Selain itu, anda juga boleh memberi kebebasan kepada anak anda untuk bertanya sendiri kepada doktor sebarang persoalan tentang tubuh badan mereka. Ini akan membuat mereka lebih seronok berjumpa doktor selain memberi ilmu kepada mereka.


Jika anda ingin membawa anak anda berjumpa doktor untuk membuat diagnosis dan rawatan, anda boleh memberitahu mereka bahawa lawatan berjumpa doktor itu bertujuan untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Selain itu, beritahu mereka doktor akan sedaya upaya membantu sekiranya mereka mempunyai penyakit.


Jangan bawa anak anda berjumpa doktor tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan mereka berasa terkejut. Berbincanglah dengan doktor tentang cara yang paling baik untuk memberitahu anak anda tujuan berjumpa doktor.


2. Menerangkan prosedur pemeriksaan di klinik kepada anak anda.


Anak anda seharusnya tahu prosedur yang perlu dilalui mereka ketika berada di klinik. Ini akan membuatkan mereka lebih mudah memahami dan menerima tujuan sebenar lawatan ke klinik. Anda juga boleh menerangkan prosedur pemeriksaan di klinik menggunakan patung kegemaran mereka sebagai contoh. Jadikan ini sebagai suatu permainan bersama anak anda demi membuat mereka lebih seronok untuk berjumpa doktor.


3. Tangani ketakutan anak anda dengan bijak.


Elakkan penggunaan ayat seperti “jangan takut”, “doktor tidak akan menyakiti kamu atau “jangan menangis”. Ini kerana perkataan-perkataan ini akan membuatkan anak anda tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Sebaliknya gunakan perkataan seperti “ibu tahu kamu takut, ibu juga pernah mengalami perasaan yang sama seperti kamu”. Kemudian beritahu mereka bahawa mereka tidak keseorangan dan anda akan sentiasa menemani mereka sepanjang prosedur dijalankan.



4. Bawa bersama mainan kegemaran anak anda.

Mainan kegemaran mereka merupakan sumber keseronokan dan ketenangan mereka. Dengan membawa mainan mereka ini bersama, mereka akan berasa lebih selamat. Selain itu, anda juga boleh bawa anak anda berjumpa dengan kanak-kanak lain yang tidak takit untuk berjumpa doktor. Ini akan membuat mereka lebih berani dan yakin terhadap setiap prosedur yang perlu dilakukan oleh doktor.


5. Beri ganjaran kepada anak anda.


Anda boleh memberi ganjaran dalam apa-apa bentuk sekalipun untuk membuat mereka lebih seronok untuk berjumpa doktor kelak. Sebagai contoh anda boleh membawa mereka ke zoo atau menonton wayang setiap kali selepas prosedur kesihatan siap dijalankan. Selain itu, anda boleh beri anak anda ciuman atau pelukan untuk membuat mereka berasa tenang dan lega sekaligus menghilangkan ketakutan anak anda untuk berjumpa doktor.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen