Lelaki Ini Kongsi Cara Mengurus Kewangan Keluarga Dengan Bijak Tanpa Berhutang.

 

Setelah berumah tangga dan berkeluarga, penggunaan wang dalam perbelanjaan harian akan semakin bertambah. Mana tidaknya, jika dahulu hanya satu mulut sahaja ingin disuap, kini mulut anak dan isteri pastilah disuap dan mereka ini perlu sentiasa kenyang setiap hari.

Dengan harga barangan yang semakin meningkat ini, sudah tentulah ia akan menambahkan lagi kos dalam perbelanjaan harian. Anda juga pastilah ingin memberikan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak anda agar dapat membantunya membesar dengan baik.

Namun begitu, setelah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar ini, perkara yang paling dijauhi adalah berhutang. Hal ini kerana, ia akan memberikan beban kepada anda pada masa akan datang. Jadi bagaimana mahu menguruskan kewangan tanpa berhutang? Ikuti perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini.




Pengurusan Kewangan Keluarga Tanpa Hutang Jahat

***********************************************


Apabila dah berkeluarga banyak duit yang nak guna. Dulu sorang, tak makan pun takpe. Bila dah ada anak isteri kena ingat ada mulut yang perlu diberi makan.


Ya, memang selepas berkahwin Allah bukakan pintu rezeki. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Kau kena usaha untuk kukuhkan kewangan keluarga.


***


Jom baca;


1. Jika mula berkeluarga, berhati-hati dengan membuat hutang. Hutang yang tak perlu akan hadir selepas berumah tangga.


2. Hutang jahat ini adalah hutang yang kau kena bayar setiap bulan tetapi tak menjana pulangan untuk keuntungan kau.


Contoh hutang jahat adalah hutang peribadi, hutang kereta jika ansuran bulanan melebihi separuh gaji ataupun hutang kad kredit yang berlambak.


3. Elakkan berhutang untuk membeli barang-barang kehendak seperti perabot, pekakas elektrik dan juga berhutang untuk majlis kahwin. Cuba usahakan tanpa perlu berhutang.


4. Jika selalu membuat hutang, sukar untuk habiskan hutang kerana asyik gali lubang tutup lubang.


5. Mulakan membuat simpanan keluarga walaupun pendapatan korang kecil. Simpan dahulu barulah berbelanja.


6. Boleh mula menyimpan dengan 10% daripada pendapatan bulanan. Jika naik gaji, tambah lagi. Jika tak mampu, simpan RM100. Yang penting, tetapkan matlamat berapa nak simpan.


7. Simpanan bulanan memerlukan disiplin kewangan yang baik. Tabiat ini perlu dipupuk.


8. Pastikan simpanan kewangan keluarga ada tabungan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji yang boleh digunakan sewaktu kecemasan. Kalau lagi banyak simpanan, lagi bagus.


9. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Buang rasa malu. Tak hina pun kalau rumah kau takde sofa, takde televisyen.


10. Sampai sekarang, aku masih tak beli lagi televisyen. Siaran berbayar Estro langsung lah tak ada. Mula-mula kahwin tidur beralaskan toto. Tidur pun lena juga. Sofa tak beli lagi. Makan atas lantai pun selera sebab isteri aku masak sedap.



***


Ada hutang baik dan hutang jahat. Jika hutang tu tak memberi keuntungan kepada kau dan kewangan kau ia dianggap sebagai hutang jahat.


Apabila dah berkeluarga, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran. Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa. Kawan datang duduk bersila tanpa sofa pun sedap juga bersembang.


***


Jadi, dahulukan keperluan daripada kehendak. Beli barang asas tanpa perlu berhutang. Tak perlu beli perabot, pekakas elektrik sekali gus dengan cara berhutang.


Berusahalah untuk elak hutang jahat. Ia akan membuatkan korang lebih mudah untuk menguruskan kewangan keluarga. Tidur pun lena. Kah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen