Tanda-Tanda Anak Anda Membesar Dalam Keluarga Yang Sihat.

 

Setiap ibu bapa pasti mahukan cahaya mata yang sihat dan mempunyai tumbesaran yang baik. Jika anak-anak secara tiba-tiba tidak sihat, tidak aktif dan produktif, tidak senang duduk pasangan ibu bapa dibuatnya. Mahukan rawatan yang terbaik untuk anak, supaya cepat sembuh seperti sedia kala. Oleh sebab itu, suasana anak dibesarkan itu sangat penting kerana ia memberi pengaruh yang sangat besar.

Apabila anak-anak kecil dapat membesar dalam keadaan keluarga yang harmoni dan sihat, tingkah laku mereka dapat dilihat dengan mata kasar. Perwatakannya menjadi sangat lincah, berwajah segar, sihat dan cerdas, malah boleh menjadi anak yang pintar.

Selain daripada itu, anda juga boleh lihat 6 tanda ini sekiranya anak-anak anda membesar dalam keadaan keluarga yang sihat;

1. Pertumbuhan fizikal yang baik.

Pertumbuhan fizikal yang baik menunjukkan bahawa seorang anak itu membesar dengan sihat serta ditandai dengan pertumbuhan tulang dan berat badan anak yang ideal. Anak gemuk bukan bermakna dia sihat, sebaliknya berisiko mengalami obesiti.

2. Memiliki fizikal yang tangkas.

Anak yang sihat biasanya sangat lincah dan mampu melakukan pelbagai perkara yang berkaitan dengan ketangkasan fizikalnya. Misalnya,  naik turun tangga, duduk di kerusi dengan baik dan bergerak dengan aktif.

3. Punya daya ingatan yang bagus.

Kemampuan anak dalam mengingati sesuatu dengan baik, menunjukkan bahwa dia seorang yang cergas dan pintar. Anda mungkin berasa terkejut apabila si anak menyebut nama benda atau nama kawannya yang sudah lama tidak bertemu. Perkara ini merupakan salah satu ciri daya ingatannya yang baik.

4. Petah bercakap.

Anak yang pintar berceloteh menunjukkan bahawa kemampuan bercakapnya sangat bagus dan tergolong anak cergas. Setiap hari dia akan mendapatkan kosakata baru yang menambah perbendaraan katanya. Anak-anak di lingkungan usia 2-3 tahun yang sudah dapat menyebut pelbagai nama benda di persekitarannya termasuk dalam kategori anak yang cergas dan pintar.

5. Selera makan yang baik.

Anak yang sihat mempunyai selera makan yang baik.Dengan selera makan yang baik juga keperluan zat  anak dapat dipenuhi. Anak-anak memerlukan makanan berkhasiat untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan otaknya.

6. Mampu menulis dan membaca sejak kecil.

Jika anak anda adalah anak yang cergas dan pintar, dia akan mampu membaca dan menulis sejak kecil lagi sebelum memulakan persekolahan rendah. Ciri-ciri anak pintar akan memiliki kemampuan untuk mengingat sesuatu yang sangat kuat.

Apabila diajar untuk membaca, dengan cepat dia boleh merakam atau mengingati apa yang telah dipelajari. Selain itu anak yang pintar boleh belajar dengan lebih cepat berbanding anak yang memiliki perkembangan ‘biasa-biasa’.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen