“Hebatnya Daddy Zaman Sekarang…”

 

Mendidik anak-anak perlukan bantuan daripada kedua belah pihak, si ibu dan si bapa. Jika salah satunya kurang beri tumpuan kepada anak-anak, maka anak-anak seakan rasa kurang perhatian. Hal ini kerana, apabila anak sedang membesar, mereka ini perlukan lebih banyak kasih sayang, perhatian dan masa untuknya.

Jika hanya ibu atau hanya bapa sahaja yang berikan perhatian dan masa buat dirinya itu masih belum mencukupi untuk memberi galakan yang baik terhadap tumbesaran dirinya. Namun berbeza dengan ibu bapa masa kini, yang lebih ingin tahu mengenai ilmu parenting bahkan lebih cuba untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan lebih banyak.

Terutama bapa-bapa yang sudah mula tidak beranggapan bahawa mendidik anak itu bukan tugas seorang ibu sahaja, malah turut menjadi tugas buat dirinya. Sedikit pandangan yang dikongsikan oleh saudara Najmi Nawawi, mengenai hebatnya bapa-bapa pada masa kini.


Jom ikuti pandangannya.




Hebatnya Daddy Zaman Sekarang.

Daddy-daddy hari ini rajin membantu isteri di rumah. Urusan mengurus rumah tidak terletak di tangan isteri semata-mata. Kerana mereka tahu ini ialah tanggungjawab bersama.


Daddy-daddy hari ini pandai bermain dengan anak-anak. Sehingga anak-anak memang sangat suka dan begitu sayang kepada daddy mereka. Apa-apa mesti cari daddy dulu.


Daddy-daddy hari ini suka dan peduli ilmu parenting. Mereka suka untuk menambah ilmu untuk pastikan mereka dapat beri yang terbaik untuk anak-anak dan pasangan.


Daddy-daddy hari ini lebih utamakan masa bersama keluarga berbanding kawan-kawan. Baginya, masa yang diluangkan bersama keluarga lebih berbaloi dan sanggup menolak ajakan kawan.


Daddy-daddy hari ini tempat untuk anak bermanja. Anak-anak memang suka pada daddy dan sentiasa mencari daddy untuk mereka mendapatkan kasih sayang. Kerana daddy pandai dalam mencurah kasih sayang.




Daddy-daddy hari ini lebih 'advance' dari para ibu. Mereka yang mendidik para ibu bagaimana menguruskan rumah dan anak-anak. Mereka mempunyai perancangan pembentukan anak-anak yang sangat baik.


Daddy-daddy hari ini lebih manis dari gula. Senyumannya mampu membawa seribu satu keriangan dan gelak tawa ahli keluarga. Tiada lagi istilah anak-anak dan isteri takut kepada daddy zaman sekarang. Merekalah hari ini yang menjadi pembawa kegembiraan.


Daddy-daddy hari ini tahu untuk memberi pasangan mereka 'me-time' yang banyak. Kerana mereka tahu, rahsia kecantikan isteri terletak pada rehat si isteri yang mencukupi. Jadi mereka lebih suka untuk isteri mereka dapat banyak masa rehat.


p/s : Subhanallah. Inilah keindahan dan kehebatan daddy-daddy luar biasa yang wujud pada hari ini. Jangan malu-malu untuk tag pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen