Wanita Ini Kongsikan Tips Kewangan Untuk Para Isteri.

 

Dalam perkahwinan, suami dan isteri mempunyai tanggung jawab dan peranan masing-masing. Setiap tanggung jawab itu perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama. Oleh itu pentingnya suami sebagai pemimpin, dan isteri sebagai pembantu untuk menyokong suami dari belakang. Barulah seimbang.

Dah hal ehwal rumah tangga ini, kewangan adalah aspek utama dalam membina ekonomi keluarga. Suami mencari rezeki, isteri membantu untuk mengagihkan rezeki tersebut. Di samping itu, isteri perlu tahu apa itu nafkah? Nafkah yang bagaimana si suami perlu beri? Percaturan perbelanjaan dalam keluarga dan seumpama dengannya.

Jika si isteri tiada ilmu dalam hal kewangan ini, takut nanti si suami ambil kesempatan. Oleh itu pentingnya segala ilmu perlu dipelajari bersama dengan pasangan, seperti mana dengan perkongsian dari Puan Ain Hassan

********

1. Masa berkawan/bertunang boleh dah tanya atau mintak berapa nafkah kewangan bila kawin nanti. Sebab apa? Sebab bila dah kawin, yang faham akan bagi la walau sebulan RM50. Itu je mampu kan. Asalkan perempuan redha dan faham keadaan. Ini tidak yang gaji beribu riban buat dek je kat bini pasal nafkah.

2. Orang perempuan jangan sesekali terlalu mudah setuju untuk buat sebarang personal loan bagi memenuhi keinginan suami. Contohnya nak berniaga, nak tukar kereta baru, nak travel. Buat kira2 dulu. Jangan main ok je. Tau la ko sayang laki.

3. Bagus juga orang perempuan ni jadi Menteri Kewangan dalam rumahtangga. Banyak haihh klien2 aku duit di control isteri. Benda baik kot. Yang ko dok fikir2 bini queen control tu dah kenapa? Negatif sangatšŸ˜¤. Tapi tengok keadaan gak, kalau dah bini ko tu boros elok la suami control duit.

4. Tetapkan short term goals dan long term goals dalam kewangan keluarga secara bersama. Jangan ada sikap mengurus duit masing2. Bila kawin nak bersama2 bila urusan duit mulalah masing2 pentingkan diri sendiri.

5. Kau tau tak konsep "suami tanggung dan isteri simpan"? Ok sila amalkan. Bila duit tabung dah banyak, teringin nak pi travel bukan bini je pi... Pi satu keluarga. Nak pi haji pi berdua. Rukun harmoni rumahtangga tu. Sweet je…

6. Hari ni ramai para wanita terlalu manjakan suami. Mewahkan suami dengan wang. Sehingga suami tu malas dan dah terbiasa dengan kebiasaan. Bila diuji dengan masalah kewangan, start la meroyan.

********

Jadi, pentingnya untuk si isteri merancang dan belajarlah menerima dan menyayangi suami seadanya. Seorang isteri perlu tahu untuk menghormati semua hak suami, bukannya main terjah sahaja. Realiti perkahwinan zaman sekarang mudah untuk kita lihat kerana terlalu banyak platform di sosial media yang mudah untuk sesuatu kisah rumah tangga tular.

Isu perkahwinan, pernikahan dan perceraian bukanlah satu perkara yang main-main. Isu ini harus dititik beratkan pada mereka yang mahu berkahwin, bahkan untuk anak muda yang mahu berkahwin pada awal usia.

 Jadilah Wanita Yang Bijak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,353 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen