Hakikat Anak Yang Hidup Dalam Perceraian Ibu Bapa.

 

“Keluarga kita lain…”

Itulah ungkapan setiap ibu bapa yang telah berpisah namun sudah memiliki cahaya mata. Tidak semua perkahwinan itu sama kerana kehidupan setiap manusia lalui itu berbeza. Ternyata kita mampu merancang, namun takdir Allah SWT yang mengatasi segalanya.

“Jodoh kita terhenti di sini…”

Anak yang menjadi mangsa dari perceraian ibu bapa ini kelihatan amat sugul dan tidak tahu apa-apa. Apa yang mereka sering lihat, keluarganya tidak lagi sama seperti keluarga lain. Anak-anak lain mempunyai ibu bapa yang sering bergerak bersama, tetapi kenapa ibu bapanya sendiri membuat haluan masing-masing?

Tidak mudah untuk ibu bapa menghadapi cabaran ini, apatah lagi si anak yang tidak mengetahui apa-apa hal tentang orang dewasa. Lebih-lebih lagi ketika anak sedang membesar. Tumbesaran anak-anak pasti terganggu sekiranya ibu bapa berpisah ketika si dia sedang mengenali dunia.

“Mama, kenapa abah dah lama tak balik rumah…”

Namun, sekiranya anak masih kecil dan bertatih untuk berjalan pasti dahagakan kasih sayang dari kedua ibu bapa seperti sentuhan dan belaian.

Di samping itu, setiap ibu bapa perlu menyedari tentang perceraian ini akan memberi kesan pada anak-anak seperti;

1. Marah.

Mereka mungkin akan menunjukkan kemarahan kepada ibu bapa dan menyalahkan mereka sebagai punca perubahan di dalam hidup mereka

2. Bimbang.

Mereka mungkin akan berasa takut dan risau tentang masa depan. Apa yang mereka akan lalui? Apa yang mereka perlu lakukan sekiranya keseorangan? Dan hal ini akan membuatkan mereka bertindak untuk melakukan semuanya keseorangan, jika tiada sokongan dari kedua ibu bapa.

3. Sedih.

Mereka mungkin akan berasa sedih dan murung dan juga akan menunjukkan perubahan tingkah laku

Kanak-kanak akan memerlukan masa untuk menerima perpisahan dan perceraian yang berlaku. Walaupun begitu kebanyakkan kanak-kanak dapat mengharungi situasi ini dengan baik. Namun, kedua ibu bapa perlu mendapatkan anak-anak rawatan ke hospital sekiranya kelakuan mereka menjadi bertambah teruk seperti;

  • Mengalami masalah sukar untuk tidur.
  • Menjadi kurang fokus pada sesuatu perkara.
  • Mempunyai masalah di sekolah seperti markah ujian semakin merosot, sering ponteng sekolah dan seumpama dengannya.
  • Penyalahgunaan dadah atau alkohol pada anak-anak remaja meningkat usia.
  • Mencederakan diri sendiri.
  • Masalah pemakanan seperti tiada selera.
  • Kerap marah dan cepat berang.
  • Lebih suka menyendiri.
  • Mengabaikan aktiviti-aktiviti kesukaan.
  • Masalah tingkah laku seperti lari dari rumah, terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.

Oleh yang sedemikian, sekiranya pasangan suami isteri menjalani proses perceraian, janganlah terus mengabaikan emosi anak-anak. Pasangan ibu bapa harus menghadapi situasi ini dengan bertenang dan perlu menerima hakikat bahawa anak-anak sedang cuba mengadaptasi diri dengan suasana yang baru.

Ibu bapa juga perlu membantu anak untuk meluahkan rasa marah dengan `cara yang boleh diterima’ tanpa menyakiti dirinya sendiri, menyakiti binatang, menyakiti orang lain juga bukan dengan cara merosakkan harta benda. Malah sikap ketenangan dan kesabaran yang tinggi itu perlu diterapkan dalam diri ibu bapa.

Sentiasa memberitahu anak yang dirinya sentiasa disayangi dan akan dijaga dengan sempurna.

Sentiasa membantu anak untuk meluahkan rasa takut atau kerisauan yang melanda diri.

Semoga Dikurniakan Keluarga Yang Harmoni Dan Bahagia!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen