Bagaimana Untuk Menjadi Bapa Yang Hebat Untuk Anak-Anak? Jom Ikuti Perkongsian Ini.

 

Jika seorang ibu mampu untuk menjadi supermom pada anak-anak, mahupun pada suami, adakah si suami pula mampu untuk menjadi seorang superman pada ahli keluarganya sendiri? Jika tanggung jawab si isteri begitu berat dan besar bagi pandangan si suami, tanggung jawab seorang suami sebenarnya lebih berganda berat dan besar perlu dipikul kerana suami adalah seorang pemimpin.

Bukan sahaja pemimpin bagi isteri, tetapi untuk anak-anak juga. Mampukah seorang suami menjadi bapa yang hebat untuk anak-anak kelak, bagi mereka yang baru sahaja berumah tangga? Jom ketahui bagaimana untuk menjadi bapa yang hebat ini melalui perkongsian dari saudara Taufiq Razif

********

Siapakah Ayah Yang Hebat?

1. Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya.

2. Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan.

3. Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya.

4. Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya.

5. Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan.

6. Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya.

7. Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya.

8. Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya.

9. Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak anaknya.

10. Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya.

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

********

Semoga Bermanfaat Dan Mampu Menjadi Bapa Yang Terhebat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,775 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen