Apakah Pengorbanan Suami Setelah Pergi Meninggalkan Isteri? Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Pada masa kini, ramai kaum lelaki yang masih bujang dan takut untuk berumah tangga. Apakah alasan mereka sehingga takut untuk berumah tangga? Majoritinya beranggapan kaum wanita ini materialistik, pisau cukur dan seumpamanya. Kaum wanita hanya memeningkan kepala kerana terlalu memikirkan harta benda.

Namun, apa yang kaum lelaki tidak tahu adalah, apakah pengorbanan mereka setelah berkahwin nanti? Kerana perkahwinan bukan hanya cinta dan sayang semata-mata, tetapi memerlukan pengorbanan, kompromi dan toleransi antara satu sama lain.

Terutamanya dari segi kewangan. Jika bergaji dan berpendapatan kecil, bagaimana untuk menguruskan kewangan keluarga? Perbelanjaan keluarga? Ekonomi keluarga? Malahan bukan itu sahaja, bagaimana dengan perlindungan takaful isteri dan anak-anak? KWSP? Harta pusaka?

Jika si suami meninggalkan isteri dan anak-anak terlebih awal, apakah peninggalan si suami untuk keluarga? Adakah si suami tahu berkenaan dengan isu ini? Itulah sebenarnya fikiran kaum hawa yang lebih jauh daripada kaum Adam, padahal lelaki yang menjadi seorang pemimpin dalam keluarga kelak.

Isteri ni bukan apa, mereka cuma risau sahaja. Ikuti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini berkenaan dengan  isu ini….

********

SELEPAS KEMATIAN, DIA KEKAL MELINDUNGI KELUARGA.

Abangggggg... rumah dan takaful abang dihibahkan kepada siapa? KWSP abang siapa pewarisnya?

Tanya isteri sambil pintal-pintal rambut dan sengih ke pipi...

1 - Tenang duhai suami. Jangan terus berburuk sangka di dalam kepala. Bini aku ni mata duitan dan gila harta? Sibuk bertanya Hibah dan harta macamlah suami nak mati esoknya? Tenang....

2 - Cuba tengok di sekeliling. Rumah sudahlah sebuah saja. Isteri pula surirumah. Anak berderet gegirl semua. Jika meninggalnya suami, segala harta perlu faraid tanpa hijab. Ibu bapa dan adik beradik suami juga pewaris rumah sebuah yang ditinggalkan.

3 - Kasihanilah... Usahakan ketika sihat dan kuat. Berikan isteri nafkah agar bulanan dia mampu menyimpan dana kecemasan. Manalah tahu tibanya kematian.

4 - Mana boleh! Nanti suami mati isteri berkahwin dengan suami lain pula! Allahu... Begitu sekali mahu dicemburu isteri? Tuan yang dihormati... Tanpa harta lebih teruk. Isteri mungkin tak mahu kahwin, tapi terpaksa kerana kesempitan hidup. Jika berharta, isteri punya pilihan mahu atau tidak membina rumahtangga lainnya.

5 - Tak salahpun pertanyaan isteri. Dari GST hingga ke SST, rumah sewa bukanlah murah. Deposit dan utiliti perlu ada kertas kepala agong berkeping-keping. Jika kita tidak hibahkan sedikit simpanan, di mana berteduhnya isteri dan anak-anak kita nanti?

6 - Berapa ramai isteri dan anak-anak hilang punca selepas kematian suaminya? Maka duhai suami yang saya muliakan... Bermula hari ini. Bermula hujung minggu ini.. Segera!

7 - Latih surirumah anda berdikari. Ajar bagaimana cara nak naik Grab. Didik bagaimana nak memiliki lesen memandu. Didik bagaimana nak menjana wang dari rumah.

8 - Bank negara cakap, lebih 70% tidak memiliki wang walaupun hanya RM1,000 cuma. Intailah akaun isteri. Jika jumlah ini tiada, bantu lah top up kan ia. Suami pun wang tak cukup mana? Alamak! #apeni

9 - Buat hibah. Rumah sudahlah sebuah. Pastikan ia menjadi tempat untuk anak isteri berlindung hingga ke sudah. Semoga nanti kita di kubur tidak menggelupur sedih kerana ratapan anak isteri di dunia ini.

10 - Cinta itu bukan hanya sekadar ayat manis sahaja. Bukan setakat melayan ragaman isteri sentiasa. Bukan hanya setakat memanjakan itu ini semata-mata. Bukan setakat gebang berdekah cinta hingga ke Jannah.

Cinta arjuna perkasa adalah ketika hidup dia menjaga. SELEPAS KEMATIAN, DIA KEKAL MELINDUNGI KELUARGA.

Salam sayang.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen