“Aktiviti Zumba Tidak Menurunkan Berat Badan” Ikuti Penjelasan Dari Kevin Zahri.

 

Siapa sahaja yang tidak tahu berkenaan dengan aktiviti zumba. Aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan untuk para wanita dalam mendapatkan berat badan yang ideal. Ada yang berjaya menurunkan berat badan dengan zumba, namun ada segelintir tidak berjaya pula. Kenapa ini terjadi? Jom lihat penjelasan ini…

********

“Tiada jenis senaman yang mampu menurunkan berat badan jika ia tidak disertai amalan pemakanan yang betul…” Tegas Kevin Zahri iaitu pakar kecergasan. Malah aktiviti ini juga sebenarnya tidak direka untuk menurunkan berat badan pun.

Fakta penting yang anda perlu tahu mengenai untuk menurunkan berat badan adalah 80% daripada diet pemakanan dan 20% daripada senaman. Jadi, menurunkan berat badan sangat penting dari segi penjagaan makanan iaitu dengan pengambilan kalori.

"Objektif zumba adalah untuk meningkatkan pembakaran kalori, buat anda rasa gembira dan menghilangkan tekanan."

"Ia juga boleh meningkatkan kecergasan jika peserta betul-betul push, tetapi tanpa kawalan pemakanan, tiada jenis senaman yang boleh membantu,"

Dalam masa yang sama, Kevin juga menyarankan pemilihan senaman yang bersesuaian kerana kemampuan setiap individu itu berbeza.

"Bagi yang tidak biasa, senaman yang mencabar akan menyukarkan mereka mengawal degupan jantung. Ini berbahaya kerana boleh membawa kepada risiko kecederaan.

"Saranan saya, carilah jenis senaman yang boleh buat anda enjoy dan anda mampu kawal," tambahnya lagi.

Beberapa hari lalu, portal The Jakarta Post melaporkan pengasas zumba, Beto Perez, memaklumkan program tersebut tidak direka untuk menurunkan berat badan, sebaliknya hanya untuk membantu memberi rasa gembira kepada peserta.

"Koreografi zumba akan menghasilkan endorfin yang membuatkan kita rasa gembira. Zumba merupakan program untuk seisi keluarga berseronok dan mengeratkan hubungan," kata Perez seperti yang dipetik dari portal itu.

Perez yang mengunjungi Jakarta untuk melatih ratusan jurulatih zumba tentang program itu, turut menambah bahawa senaman yang diciptanya itu bertujuan untuk membawa keseronokan, berbanding senaman lain yang 'membosankan'.

********

Oleh sedemikian inilah jawapannya sekiranya anda sering tertanya-tanya mengapa anda melakukan zumba tidak dapat menurunkan berat badan. Selain daripada itu, mungkin anda juga:

1. Tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti zumba berserta dengan diet pemakanan.

2. Trainer zumba anda tiada tenaga yang sangat kuat dimana boleh mendorong anda menjadi bersemangat melakukan zumba. Ini kerana, zumba adalah aktiviti yang sangat pantas dan mempunyai koreagrafi yang merumitkan sebenarnya.

Janganlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

3. Kelas yang tiada dinamik dimana semua ahli-ahli baru yang tidak bersungguh-sungguh dan sentiasa merungut kerana koreografi yang merumitkan.

4. Terlebih anggaran dalam mencatur kalori anda. Sebagai contoh, hari pertama sahaja anda target untuk hilangkan 900 kalori, namun anda melakukan zumba hanya 10 minit sahaja. Macam mana tu? Berlari 1 jam sejauh 6 km pun boleh membakar sekurang-kurangnya 300-500 kalori sahaja.

5. Dan yang paling penting adalah, anda menjadi dehidrasi dimana kekurangan air dalam tubuh badan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen