Adakah Perasaan Terlalu Insecure Pada Pasangan Itu Sihat? Jom Baca!

 

Perasaan insecure adalah dimana anda sering berasa tidak selamat dengan pasangan, curiga yang melampaui batas dan ragu-ragu terhadap mereka. Perasaan sebegini sering terjadi pada kaum wanita kerana hanya mereka sahaja yang memiliki naluri yang terlalu peka pada setiap keadaan dan situasi. Manakala lelaki sering dikaitkan dengan perasaan overprotective pada pasangan sehingga suka mengongkong mereka dimana sahaja.

Sesuatu hubungan tersebut adalah menjadi kebiasaan sekiranya kedua-dua pihak berasa cemburu, kerana cemburu itu tandanya sayang. Akan tetapi, apabila salah seorang mempunyai perasaan insecure yang melampaui batas atau tidak normal, ia akan menjurus kepada hubungan yang tidak sihat juga.

Perasaan insecure ini seperti  tidak yakin pada diri sendiri dimana bukan insan yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan. Oleh kerana itu, majoriti individu yang berusia dan tidak berkahwin adalah kerana isu ini.

Perasaan itu datang seperti…

Aku tidak boleh jadi suami yang baik…

Aku tidak boleh jadi pemimpin yang baik…

Aku tidak layak jadi isteri, bahkan pada ibu bapa pun aku gagal untuk taat…

Aku tidak layak jadi ibu/bapa suatu hari nanti….

Situasi ini akan menyebabkan anda menjadi murung atau depresi dimana ia adalah kesihatan mental anda sendiri. Perasaan sebegini juga berpunca dari masa silam anda dimana anda sering mengalami kegagalan dalam hidup, malah anda terpaksa melaluinya keseorangan tanpa sokongan dari orang yang lebih berpengalaman.

Jika ini terjadi pada anda, dapatkan lah rawatan dengan segera supaya tidak memberi impak yang besar pada masa hadapan seperti ketika pertunangan, pernikahan dan perkahwinan. Jika ia tidak dirawat, khuatir anda mungkin akan mengalami kesihatan mental seperti paranoid personality disorder iaitu seseorang yang tidak boleh mengawal kemarahan dan cemburunya terhadap pasangan.

Individu sebegini akan menjadi lebih agresif sekiranya, pasangan tidak memberi penerangan atau kebenaran dalam sesuatu situasi. Individu ini akan berfikiran mereka sentiasa bernasib malang kerana tiada pasangan yang dapat memahami mereka, walhal keadaan ini sebenarnya dari mental mereka sendiri.

Orang luar seperti ibu bapa atau pasangan hanya boleh mendorong individu sebegini untuk menjadi positif, akan tetapi sukar untuk membantu sekiranya individu ini tidak mahu berubah sendiri atau tiada kesedaran sendiri.

Kesan dari perasaan insecure terhadap pasangan ini adalah;

1. Hubungan percintaan yang tidak sihat.

2. Tiada komunikasi dua hala, kerana individu ini suka bermonolog dan berimaginasi tentang perkara negatif sahaja.

3. Pasangan sukar untuk mempercayai anda lagi, sekiranya anda acap kali memberitahu mereka anda tidak akan berasa insecure.

4. Pasangan akan berasa bosan, kerana kerap kali terjadi dan anda menjadi TERLALU insecure.

5. Mampu mempengaruhi pasangan menjadi terlalu tertekan dengan diri anda.

Oleh itu penting untuk anda berdampingan dengan pasangan yang betul dimana anda berdua bersetuju untuk mendapatkan rawatan. Jangan terlalu terdedah pada perkara atau suasana yang negatif, kerana ia akan mendorong untuk anda sering berfikiran bukan-bukan, malah mengandaikan perkara yang buruk sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,382 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen