5 Tips Kewangan Untuk Golongan Generasi Baru.

 

Generasi anak muda zaman sekarang adalah jatuh pada generasi Alpha, dimana anak muda yang lahir pada tahun 2011 sehingga sekarang. Generasi sekarangdan generasi Z membesar dengan perkembangan teknologi di sekeliling yang amat berbeza dengan generasi x dan y. Situasi ini juga menunjukkan generasi ini membesar dengan Netflix, spotify, apple music, dan pelbagai aplikasi yang boleh dilanggan.

Dengan aplikasi ini juga akan membuatkan anak muda zaman sekarang mudah membazir jika tidak betul cara penggunaannya. Jadi, ini tips kewangan untuk golongan generasi baru..

1. Perlu Menggunakan Aplikasi Yang Betul.

Aplikasi yang betul akan membantu anda untuk menjimatkan wang sewaktu membeli-belah dan menjamu selera. Bagi golongan millennial yang kerap menggunakan telefon pintar, aplikasi-aplikasi ini mampu mmberikan info mengenai diskaun dan juga kupon potongan harga hanya di hujung jari.

Antara aplikasi yang selalu digunakan ialah Fave, aplikasi yang harus ada dalam telefon anda untuk mengetahui potongan-potongan harga di restoran, spa, tiket penerbangan, hotel, gymnasium, dan banyak lagi.

Selain itu, Carousell juga antara yang popular kerana memudahkan mereka untuk menjual barang-barang yang tidak diperlukan. Bagi yang gemar menjamu selera, gunakan Eatigo untuk mendapatkan diskaun selain memudahkan tempahan.

Image result for generasi baru dengan carousell

2. Kreatif dalam Menggunakan Pengangkutan.

Alternatif perkongsian kenderaan seperti Grab semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebagai pengangkutan awam kerana mudah untuk digunakan. Harganya juga secara relatif adalah lebih murah jika dibandingkan dengan teksi. Malah, dengan kod-kod promosi serta tebusan melalui program ganjaran, anda boleh menggunakan servis tersebut secara percuma.

Program ganjaran juga, seperti GrabRewards, adalah sama seperti program ganjaran kad kredit dari bank. Anda bakal mendapat mata ganjaran setiap kali menggunakan Grab, dan boleh ditebus ke makanan dan minuman, tiket wayang, baucer diskaun, dan banyak lagi. Katalong ini kerap dikemaskini jadi banyak peluang untuk anda mendapatkan hadiah.

3. Gemar Berkongsi.

Image result for generasi baru dengan netflix

Penggunaan akaun Netflix bersama adalah suatu yang biasa dilakukan oleh golongan millennial. Pelan asas Netfilx adalah RM33 sebulan dan hanya boleh ditonton di satu skrin sahaja. Jika anda mendapatkan akaun premium, ianya mungkin kelihatan mahal, iaitu sebanyak RM51 sebulan. Namun, akaun premium membolehkan anda untuk menggunakan servis Netflix di 4 skrin. Jika dikongsi seramai 4 orang, anda hanya perlu membayar RM12.75 sebulan untuk mendapatkan hiburan yang anda mahukan.

Image result for generasi baru dengan spotify

Bagi keluarga penggemar muzik pula, aplikasi Spotify Premium menawarkan akaun Keluarga, dimana setiap nama akan mendapat akaun individu tersendiri. Pada kadar RM22.40 sebulan, hanya RM3.73 sebulan bagi setiap ahli keluarga seramai 6 orang, iaitu jumlah maksima untuk akaun ini.

Dengan sistem akaun individu juga, tidak timbul masalah jika ahli keluarga memiliki citarasa muzik berbeza kerana penggunaannya adalah berdasarkan individu. Jika anda tinggal dengan rakan-rakan di satu alamat yang sama, akaun Keluarga ini juga sesuai dengan anda, selaras dengan syarat penggunaannya.

4. Peka dengan Perkembangan Terkini.

Kos hiburan mungkin bertambah mahal bagi millennial, namun ianya tidak pernah menghalang mereka. Dengan kepekaan yang tinggi terhadap maklumat serta perkembangan terkini, ditambah pula jaringan hubungan yang meluas melalui media sosial, tidak sukar bagi golongan ini untuk menjadikannya sebagai satu kelebihan. Melaluinya, mereka mudah untuk mendapatkan diskaun, potongan harga, lokasi jualan murah, jualan harga pembukaan serta harga istimewa.

5. Membawa Bekal.

Disebalik fenomena kebanjiran golongan millennial ke kafe dan restoran hipster, ramai antara mereka mengambil inisiatif untuk membawa bekal ke tempat kerja. Bukan sahaja ianya lebih murah, makanan yang disediakan di  rumah juga adalah lebih bersih, dan berkhasiat. Dengan sikap mereka yang gemar berkongsi di media sosial juga, tabiat positif ini cepat mempengaruhi rakan-rakan yang lain.

Semoga Bermanfaat Dan Jadilah Generasi Muda Yang Bijak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen