Antara Makanan Menjadi Punca Serangan Migrain Secara Tiba-Tiba.

 

Migrain adalah merupakan satu sakit kepala yang bukan berpunca disebabkan anda sedang mengalami demam atau selsema, tapi migrain ini boleh datang dan menyerang pada sesiapa sahaja. Biasanya orang yang mengalami migrain ini tersangatlah alah kepada bunyi bising, cahaya matahari dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, migrain juga sukar untuk berkurangan walaupun telah mengambil ubat.

Tahukah anda bahawa migrain itu boleh berpunca daripada makan dan minum anda. Mungkin tanpa anda sedar, makanan atau minuman yang anda ambil setiap hari adalah salah satu punca kepada serangan penyakit ini.



Namun ia adalah tidak sama mengikut individu kerana faktor daya tahan yang berbeza. Berikut adalah senarai beberapa makanan yang menjadi penyumbang utama kepada migrain.

1. Kafein.


Kafein ada baik dan buruknya. Pengambilan kafein yang terlalu banyak atau tidak mencukupi boleh menyebabkan migraine. Namun mengikut kajian, kafein sebenarnya boleh membantu menghilangkan migrain. Malah ia juga boleh melegakan sakit kepala dengan pengambilan sekali-sekala. Namun, jika anda mempunyai tabiat minum kafein harian, anda mungkin akan mendapat migrain jika anda tidak mengambilnya.


Makanan lain yang mengandungi kafein termasuk:


1. Kopi.

2. Tea.
3. Coklat.

Walaupun ia sering dianggap sebagai pencetus kepada migrain, namun terdapat beberapa kajian mencadangkan coklat tidak boleh menyebabkan migrain malah mungkin membantu mencegahnya. Tetapi memandangkan coklat mengandungi kafein dan juga beta-phenylethylamine, ia mungkin menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu.


2. Pemanis buatan.


Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi pemanis tiruan. Ia digunakan sebagai alternatif gula untuk mereka yang menghidapi diabetes tetapi boleh mencetuskan migrain.


3. Alkohol.


Merupakan antara faktor pencetus migrain yang biasa kerana alkohol boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh menyumbangkan kepada sakit kepala bagi sesetengah individu.




4. Monosodium Glutamat.


MSG atau turut dikenali sebagai umami adalah satu bahan penambah perisa yang dianggap selamat untuk dimakan tetapi terdapat kajian yang menyatakan bahawa ia antara penyebab kepada migrain. Malah bagi sesetengah individu ia boleh mengakibatkan serangan migrain yang teruk.


5. Daging diproses.


Ini termasuk daging yang diproses seperti salami, sosej dan burger kerana ia mengandungi pengawet makanan dipanggil nitrat, yang berfungsi untuk mengekalkan warna dan rasa serta tinggi dengan tyramine.


6. Keju.


Keju ringan seperti mozzarella atau ricotta tidak akan menjadi masalah. Namun keju lama, yang agak berusia mengandungi paras tyramine tinggi yang terhasil apabila proses pecahan protein berlaku. Antara keju yang mengandungi paras tyramine yang tinggi seperti feta, parmesan dan keju biru.


7. Jeruk.


Sama seperti keju, makanan jeruk dan ditapai boleh mengandungi jumlah tyramine yang tinggi. Antaranya seperti timun jeruk dan kimchi.


8. Makanan sejuk.


Makan makanan beku dan minuman sejuk seperti ais krim atau slushies boleh mencetuskan sakit kepala teruk dan menusuk di kepala. Ada kemungkinan ia akan mencetus kepada migrain jika anda makan makanan sejuk dengan cepat dan ketika suhu badan anda masih tinggi selepas bersenam.


9. Makanan masin.


Makanan masin terutamanya makanan yang diproses mungkin mengandungi bahan pengawet berbahaya dan boleh menyebabkan migrain kepada sesetengah individu. Pengambilan paras natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah.


Cara terbaik untuk mengetahui makanan apa yang menyebabkan migrain adalah untuk menjaga dengan teliti apa yang anda makan. Hanya kerana anda makan makanan yang betul sebelum migrain tidak semestinya ia adalah punca.


Sekiranya anda bukan individu yang rajin membuat catatan, tetapi anda sanggup membuat perubahan pada diet makanan anda, anda dinasihati untuk memilih dan makan makanan yang sihat, segar dan tidak diproses. Ia sekali gus dapat membantu menyingkirkan bahan kimia yang mungkin menjadi pencetus kepada migrain.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen