Para Ibu Bapa Perlu Periksa Sudip Dahulu Sebelum Masak Demi Kesihatan Anak-Anak.

 

Dalam berumah tangga, penjagaan yang paling penting adalah bermula dari dapur, kerana kesihatan anda dan anak-anak boleh berpunca dari keadaan dapur. Tidak kira ibu atau bapa yang mahir memasak, kebersihan segala alatan untuk memasak juga perlu dijaga supaya kesihatan tidak terabai. Jadi, jom ikuti kisah dari saudara Mohd Fhais ini berkenaan dengan kebersihan sudip…

********

Jangan main-main dengan karat. Secebis je masuk ke dalam perut boleh beri mudarat kat badan kita. Boleh kena keracunan logam berat. Boleh kena asma. Paling bahaya ialah kanser ginjal.

Terkejut ! Selama ni duk masak bagi anak makan, tapi tak perasan sudip ni dah berkarat. Mujur tiada apa-apa berlaku. Risau juga jangka panjang apa kesan dia.

Bila di periksa rupa-rupanya tempat sangkut sudip ni tak sesuai. Kerana peralatan yang ada besi ni, ia mudah berkarat bila di letak di kawasan yang ada udara lembab atau senang cakap dekat dengan sinki.

Bayangkan masa basuh pingan, cawan, tangan, air basuhan tu mesti terpercik keluar kena pada sudip. Bila air melekat pada besi, bercampur dengan oksigen akan berlaku proses oksidasi. Maka terjadinya karat.

Sabun pencuci sekarang pun kebanyakkannya menggunakan bahan bersifat asam (asidic) seperti lemon. Bukan sahaja membersih kotoran, bahkan ia boleh menghakis coating anti karat seperti crom, stainless dan teflon.

Bila tiada coating anti karat, semakin mudah la peralatan dapur nak berkarat.

Bukan sudip je, apa sahaja peralatan dapur yang berunsur besi seperti pisau, sudu, garfu, jug, cawan, malah periuk pun berisiko untuk beroksidasi. Jadi karat !

Yang ada anak kecil di rumah hati hati..

Risiko kanak-kanak kena keracunan logam ni lebih tinggi dari orang dewasa. Sebab usus mereka lebih sensetif dan peka mencerna makanan berbanding orang dewasa.

Jika anak berumur 1-5 tahun ada simptom seperti kurang selera makan, kerap gelisah, hilang minat bermain dan kerap muntah secara berlarutan lebih dari 3-5 hari, baik bawa mereka untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Jaga kebersihan peralatan dapur dengan;

1. Pastikan setiap kotoran di basuh dengan baik dan tiada yang tertinggal.

2. Kotoran makanan yang bersifat asam seperti daging, produk susu, telur, kopi, gula, minuman bersoda dan lemon tidak boleh di biarkan terlalu lama pada alatan besi.

3. Wajib basuh secepat mungkin kerana kotoran seperti ini boleh menghakis coating pada besi jika di biarkan. Juga menyebabkan karat.

4. Selepas basuh guna bahan pencuci pastikan bilas air dengan menyeluruh dan tiada kesan pencuci yang tertinggal. Boleh periksa tahap kesat sebab kalau ada sabun akan rasa licin.

5. Seeloknya jangan terlalu menyental dengan berus yang kasar, span biasa sudah memadai. Supaya coating anti karat tidak menipis.

6. Jika ada kerak kesan hangus rendam dahulu dengan air. Jangan terus gosok kerana ia mengalakkan coating anti karat terhakis.

7. Lepas basuh, pastikan lap sisa air di alatan sehingga kering.

8. Akhir sekali letaklah alatan besi di tempat yang bertutup seperti laci atau rak, atau tempat yang kedap tiada udara lembab. Jauh dari sinki.

Mula sekarang ! Kesihatan anak dan pasangan kita bergantung pada kebersihan dapur, alatan dan makanan kita.

Nak mudah tukar je semua peralatan besi kepada kaca, porselen atau yang guna marble coating. Bebas karat. Bebas kerisauan. Nak makan pun tenang bila tak risau pasal kebersihan makanan.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen