Kunci Rumah Tangga Bahagia, Suami Isteri Patut Tahu.

 

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri ini bukanlah untuk satu jangka masa yang pendek, apabila dah bosan cari lain ataupun apabila sudah tak tahan dengan sikap pasangan maka perpisahan adalah jalan terbaik. Kalau boleh menjalinkan hubungan sebagai suami isteri ini biarlah setia hingga ke akhir hayat, dan merasai waktu-waktu tua bersama-sama.

Untuk mengekalkan sebuah kebahagiaan dan keharmonian sebuah rumah tangga itu bukanlah mudah. Ia perlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak, baik suami atau isteri keduanya perlu memainkan peranan yang bijak dalam hubungan ini.



1 . Jangan cuba tukar sikap pasangan.

Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan.  
Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.

2. Tidak berubah sebab orang lain.


Kunci rumah tangga bahagia seterusnya adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan.
Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.

3 Buang perkataan ‘bercerai’.


Ini sering terjadi pada pasangan yang masih ‘jagung’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai.
Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja.

Pokok pangkalnya, kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.




4. Berkomunikasi antara satu sama lain.


Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami.


Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan kalian.


5. Cuba bertenang.


Bila bergaduh, anda pasti akan keluarkan perkataan yang tak senonoh atau kurang sopan.
Maklumlah, darah tengah panas. Namun begitu, untuk kunci rumah tangga bahagia, sebaiknya anda tarik nafas dan bertenang dahulu barulah pemikiran berada dalam keadaan tenteram.

6. Ucap kata maaf.

Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf.
Ia menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.

7. Beri ruang pada satu sama lain .

Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada ketikanya, kita perlu relaks dan melakukan aktiviti sendirian. Seperti suami, berikan dia ruang untuk melepak dengan kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan saja asalkan si dia tak berlaku curang di belakang anda.

8. Beri kepercayaan terhadap pasangan.

Kepercayaan merupakan kunci rumah tangga bahagia. Jangan menuduh tanpa usul periksa jika anda merasakan ada kelainan pada suami. Sekiranya rasa sangsi, tanyakan dahulu daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.

9. Elakkan membebel pada pasangan.

Biasalah isteri memang dilahirkan kuat membebel, tapi tak semua. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja. 
Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,262 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen