Kesihatan Mental Ibu Bapa Sangat Penting Dalam Menjaga Anak-Anak.

 

Menjadi ibu bapa merupakan satu rahmat. Bukan semua individu berpeluang untuk menjadi ibu bapa. Tugas ibu bapa bukanlah satu tugas yang mudah. Menjadi ibu bapa melibatkan seseorang itu untuk mengambil satu peranan yang baru di dalam kehidupan. Ia adalah salah satu daripada perubahan hidup yang paling penting dihadapi oleh seorang dewasa.

Proses melahirkan anak merupakan satu peristiwa gembira, namun ia juga turut mendatangkan kebimbangan, cabaran dan stres. Ibu bapa perlu membuat persediaan untuk menghadapi perubahan serta cabaran dari segi mental dan emosi selepas kelahiran anak. Ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan kedua ibu bapa dan anak terjaga dengan baik.

KENAPA KESIHATAN MENTAL PERLU BAGI IBU BAPA?

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan kesihatan anak-anak.Oleh itu, keperluan kesihatan mental ibu bapa perlu dipenuhi untuk membolehkan mereka berfungi sepenuhnya sebagai ibu bapa.

Sekiranya keperluan kesihatan mental ibu bapa tidak dipenuhi, ia akan mendatangkan kesan negatif bukan sahaja terhadap ibu-bapa, malahan terhadap anak-anak. Salah satu keperluan asas yang boleh terjejas adalah ikatan atau hubungan antara ibu bapa dan anak.

Anak- anak perlu mempunyai ikatan yang baik dengan ibu-bapa mereka. Kurangnya ikatan terutama terhadap ibu serta pengalaman negatif pada awal usia boleh menjejaskan kesihatan sosial, emosi seta perkembangan anak-anak.

Kajian menunjukkan bahawa beberapa faktor risiko seperti penggunaan dadah dan alkohol, keadaan kesihatan mental dan pendedahan kepada penderaan rumah tangga boleh mempengaruhi kemampuan ibu bapa untuk membantu perkembangan anak-anak.Ia juga boleh menyumbang kepada masalah tingkah laku di kalangan anak-anak seawal usia 3 tahun. Mereka didapati mempunyai risiko antara 2 hingga 3 kali lebih tinggi untuk masalah seperti:

  • Perlakuan aggresif.
  • Gemuruh dan kemurungan.
  • Hiperaktif.

APA YANG PERLU IBU BAPA LAKUKAN?

Terdapat beberapa cara yang dapat membantu dalam menjalankan peranan sebagai ibu-bapa:

  • Perlu bersedia sepenuhnya untuk peranan baru sebagai ibu bapa.Senantiasa berfikiran positif. Ini kerana kebimbangan dalam menjalankan tugas ibu bapa ini akan mempengaruhi bagaimana anda menangani masalah anak-anak. Anak –anak perlu merasai kesabaran serta keyakinan ibu bapa.Untuk itu, ibu bapa perlu muhasabah diri dan mengembangkan kebolehan dalam mengendali diri sendiri.
  • Dapatkan bahan bacaan yang berkaitan mengenai keibu-bapaan atau bagaimana mengendalikan anak yang baru lahir.
  • Belajar tentang perkembanga normal anak-anak supaya anda mempunyai pandangan yang realistik dalam perkembangan/tumbesaran anak-anak.
  • Jangan tumpukan kepada hal yang negatif. Cari perkara positif yang dilakukan oleh anda atau anak anda untuk dihargai setiap hari.
  • Menghadiri kursus atau bengkel keibu-bapaan.
  • Belajar dari pengalaman lalu. Fikirkan tentang apa yang anda lalui sewaktu kecil serta apa yang anda harap ibu bapa anda dapat perbaiki sewaktu membesarkan anda.
  • Tingkatkan kemahiran serta amalan yang dapat membantu interaksi dengan anak-anak seperti bermain muzik, bernyanyi kecil,atau bercakap dengan anak-anak anda. Komunikasi adalah penting dalam setiap hubungan.
  • Sentiasa jalinkan hubungan yang baik dengan pasangan anda.Persekitaran yang harmoni dapat membantu dalam perkembangan anak-anak. Pasangan yang senantiasa memberikan sokongan dapat mengurangkan beban dalam menjaga anak-anak.
  • Dapatkan maklumat dari pengalaman orang lain. Tingkatkan hubungan sosial yang dapat membantu kita seperti ibu-bapa, saudara serta rakan. Kenal pasti siapa di antara mereka yang dapat memmberikan bantuan serta nasihat ketika perlu.
  • Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah. Cuba dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami ketagihan.
  • Rancang kewangan dengan baik. Bincang dengan pasangan mengenai tabung pendidikan anak-anak. Perlu letakkan keutamaan dan keperluan dalam memudahkan perancangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen