7 Tanda Anak Anda Telah Dibesarkan Dalam Keluarga Yang Tidak Sihat.

 

Gaya hidup dalam sesebuah keluarga dimulakan dengan ibu bapa itu sendiri. Sekiranya ibu bapa tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, ia sedikit sebanyak mendorong anak-anak hidup dalam suasana yang mungkin tertekan atau dipengaruhi dengan aura yang negatif.

Bagaimana untk mengetahui sekiranya anak-anak anda telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak sihat? Jom lihat 7 tanda ini….

1. Emosi anak anda mudah terganggu.

Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang tidak sihat akan menyebabkan emosi mereka terganggu. Apabila ibu bapa tidak memberi perhatian yang secukupnya, emosi anak-anak mudah berubah dan tidak dijangka.

Menurut kajian, kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga tidak sihat selalunya “tidak cukup perhatian emosi”. Cara mengatasinya adalah dengan mengambil masa untuk mengenalpasti apakah emosi yang mampu memberi kesan pada diri anda.

2. Anak anda mudah dimanipulasi atau ditipu orang lain.

Individu yang membesar dalam keluarga tidak sihat sering dimanipulasi oleh ahli keluarga mereka. Sebab itu apabila mereka semakin membesar, mereka takut dimanipulasi oleh orang lain. Penulis Psychology Today, Mark Goulston menyarankan ibu bapa untuk mengenalpasti apakah bentuk manipulasi yang paling anak-anak takuti dan putuskan hubungan dengan si pelaku.

3. Anak anda sukar untuk percayakan orang lain.

Menurut kajian lagi, kanak-kanak yang membesar dalam keluarga tidak sihat akan menghadapi kesukaran untuk mempercayai orang lain. Mana tidaknya, mereka telah dibesarkan mengetahui orang tercinta juga boleh melukai mereka (dengan memukul atau sebagainya), jadi mereka takut orang lain mampu melukai mereka juga.

Dalam kes ini, ibu bapa harus menjadi tunggak utama supaya anak-anak mudah percaya pada anda.

4. Anak anda ragu-ragu dengan keluarga sendiri.

Menurut profesor psikiatri, Richard A. Friedman, pakar terapi telah banyak menyelamatkan pesakit mereka yang menjadi mangsa dibesarkan dalam keluarga tidak sihat. Pesakit ini tidak mempercayai keluarga sendiri, malah fikir untuk “memutuskan terus” hubungan mereka dengan keluarga.

5. Anak anda memiliki kurang keyakinan diri.

Hubungan yang sihat antara ibu bapa dan anak memberi kesan pada diri anak itu apabila mereka besar. Jika hubungan tersebut bersifat penderaan, maka anak-anak akan membesar dengan kurang keyakinan diri dan membenci diri sendiri. Keyakinan diri amat penting. Sebab itu ia ada dalam hireaki Maslow dalam memahami keperluan seorang individu.

6. Anak remaja berpewatakan seperti anak-anak kecil.

Sebenarnya, ibu bapa yang asyik melayan anak-anak macam budak kecil, walaupun mereka sudah besar, adalah tindakan yang tidak sihat. Ia membuatkan anak-anak jadi bersalah dan tidak dapat mengawal diri sendiri. Malah, ibu bapa yang tidak menghormati masa sosial dan kerja anak-anak juga amat bertoksik!

7. Sukar meluahkan perasaan atau emosi.

Tanda terakhir yang menunjukkan anak-anak anda telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak sihat adalah dengan melihat bagaimana kita meluahkan perasaan. Mangsa keluarga tidak sihat akan sukar meluahkan perasaan. Mereka cepat marah, selalu berubah mood dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang lain.

Jika anda melihat tanda-tanda ini ada pada anak anda, segera dapatkan rawatan dan dengar segala luahan mereka. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa dengan membesarkan mereka dalam keluarga yang tidak sihat.

Ingatlah, keluarga ini institusi penting untuk anak anda. Tanpa keluarga yang sihat, mereka akan menghadapi cabaran yang lebih hebat ketika membesar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,957 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen