“Hidup terlalu sukar” Ubah Gaya Hidup Anda Dengan Mengikuti Cara Rasulullah SAW.

 

Setiap manusia pasti ada dugaan hidupnya sendiri. Malah setiap manusia itu memiliki dugaan hidup yang berbeza. Semua manusia memiliki liku hidup yang tersendiri yang menunjukkan manusia itu sendiri mempunyai sikap yang unik dan berbeza dari orang lain, dimana menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri.

Namun, pada setiap perbuatan dan tindakan itu dapat melambangkan anda orang yang bagaimana. Jika terlalu sukar untuk anda mengharungi cabaran hidup, sebagai muslim ikutlah cara Rasulullah SAW dimana Baginda lah idola sebenar kita. Jom ketahui cara Rasulullah SAW menghadapi dugaan hidup;

1. Bersangka Baik Dengan Allah SWT.

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sudah pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, usahlah mengeluh dan menyalahkan takdir yang telah ditetapkan.

Berusahalah untuk mendidik hati kita agar bersangka baik dengan setiap aturan-Nya. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Bahawasanya Allah SWT berfirman, ‘Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hamba-Ku’.” [Riwayat At-Tirmizi]

2. Meminta Pertolongan Dari Allah SWT.

Sehebat mana pun kedudukan kita di mata manusia, kita tetap memerlukan Tuhan dalam kehidupan seharian. Ini kerana Dia sajalah yang mengetahui perihal buruk baik, serta perihal dalaman luaran kita secara keseluruhannya.

Justeru itu, jika diri ditimpa kekecewaan, musibah mahupun dugaan dalam hidup, mintalah pertolongan dari-Nya, kerana Dia lebih mengetahui.

Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan, mintalah pertolongan dari-Ku pasti Aku perkenankan.” [Surah al-Baqarah : 185]

Bahkan Baginda Nabi SAW yang juga insan paling agung di sisi Allah juga turut memohon pertolongan kepada Allah SWT bagi mententeramkan dirinya daripada pelbagai dugaan yang menimpa ke atasnya.

3. Mengkaji Al-Quran.

Bacalah Al-Quran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Lebih-lebih lagi, apabila diri dilanda musibah.

Jika hati tidak tenang terhadap suatu perkara, maka ambillah Al-Quran, di tatap, di baca dan fahamilah maksudnya.

Dengan izin Allah, gundah di hati akan hilang secara beransur-ansur. Bahkan, ubat bagi segala penyakit yang ada di dalam hati juga dapat disembuhkan menerusi Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud;

“Kami berfirman, ‘Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati’.”[Surah al-Baqarah : 38]

4. Menjaga Wuduk.

Selain untuk solat, kita juga digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Ini kerana selain membersihkan diri secara luaran, wuduk juga terbukti memberi kesan terhadap pembersihan rohani seseorang.

Salah satu sunnah Rasulullah SAW adalah berwuduk sebelum tidur. Baginda bersabda;

“Barangsiapa yang tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), maka Malaikat akan tetap mengikuti. Lalu, ketika ia bangun nescaya Malaikat akan mengucapkan, ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan sentiasa bersuci’.” [Riwayat Ibnu Hibban dari Ibnu Umar R.A.]

5. Membasahkan Lidah Dengan Zikrullah.

Lebih banyak dan besarnya dugaan yang menimpa diri, maka lebih banyaklah kita sepatutnya mengingati Allah. Ini kerana, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dan berzikir (mengingati Allah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” [Surah ar-Ra’d : 28]

Sungguhpun begitu, ini bukanlah bermaksud kita hanya perlu mengingati-Nya tatkala dalam kesusahan sahaja. Ini tidak benar sama sekali. Sebetulnya, sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang, sentiasalah ingat pada-Nya.

Yakinlah, bahawa setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT itu sudah pasti ada maksudnya yang tersirat. Cuma saja kita tidak tahu bila akan dapat kita ketahui maksud tersebut. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat diketahui.

Mungkin, ia akan memakan masa selama bertahun baru tersingkap rahsia qada’-Nya. Bersabarlah dan jalanilah hidup dengan penuh kesyukuran. Boleh jadi kita berasakan diri ini paling besar dugaannya tetapi, tahukah kita ada insan lain yang lebih hebat ujiannya berbanding diri kita? Moga bermanfaat.

Wallahua’lam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen