Tanda Sayang Pada Diri Sendiri Adalah Apabila Anda Lakukan 4 Perkara Ini.

 

Tiada siapa yang akan menyayangi diri kita lebih dari orang lain. Tiada siapa yang mampu membangkitkan semangat yang rapuh selain diri kita sendiri, dan tiada siapa yang dapat membantu diri kita selain diri kita sendiri. Jadi sebelum anda mahu berbuat baik dengan orang lain, adalah lebih baik jika anda berbuat baik kepada diri anda terlebih dahulu.

Orang lain belum tentu anda dikala saat susah mahupun senang anda, tapi diri sendiri akan sentiasa merasakan kedua-duanya, maka adalah lebih baik anda menyayangi dan mengutamakan diri anda dahulu.



Orang yang menyayangi diri sendiri mampu menyayangi orang lain dengan lebih baik. Sesungguhnya pada diri sendiri itu ada hak yang perlu ditunaikan. Berikut empat aktiviti mudah untuk anda lakukan:

1. Sokongan.

Jika anda sedang bergelut dalam masalah, itu tidak bermakna anda perlu ‘struggle’ berseorangan. Meminta pertolongan dan sokongan bukan tanda anda lemah. Mungkin anda rasa malu untuk meminta pertolongan, namun anda akan terkejut betapa bersedianya insan dalam kehidupan anda untuk menghulurkan bantuan.

2. Mantra atau Kata Azimat.

Mantra di sini bermaksud kata-kata semangat yang boleh anda sebut berulang kali setiap kali anda rasa tidak bersemangat atau perlukan sedikit kekuatan. Saya teringat cerita ‘3 Idiots’ tentang tiga orang sahabat yang sama-sama mengharungi liku cabaran sepanjang bergelar pelajar.

Kata-kata yang sering dituturkan oleh Rancho setiap kali hatinya gusar adalah; “All Is Well” sambal menepuk-nepuk dadanya. Dalam bahasa Melayu ia bermaksud “Segalanya Akan Baik-Baik Sahaja”.

Anda boleh mencipta apa-apa kata azimat yang boleh membantu anda pada waktu anda perlukan kekuatan seperti;
“Jangan risau, Allah ada”

“You can do it!”

Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Ebit Liew yang diulang-ulang setiap kali beliau berkomunikasi dengan golongan dakwah yang ingin didekati.

“Allah sayang”



3. Peruntukkan Masa Untuk Diri Sendiri.

Luangkan masa untuk diri sendiri dalam sehari. ‘Me time’ atau masa bersendiri tidak semestinya perlu tunggu hujung minggu. Anda boleh peruntukkan masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai seperti membaca buku 15 minit sehari, berjoging atau melakukan aktiviti regangan mudah selepas solat Subuh, atau memasak makanan yang anda sukai.

4. Lepaskan Perkara Yang Tidak Dapat Dikawal.

Hari-hari yang dilalui mungkin tidak akan berjalan dengan sempurna. Terima itu sebagai perkara biasa. Ambil masa dalam sela-sela waktu tersebut untuk duduk dan bernafas dengan tenang. Lepaskan perkara yang tidak berjalan dengan baik. Let it go. Usah kumpulkannya dalam hati mahupun fikiran.

Sesungguhnya pada diri sendiri ada hak yang perlu ditunaikan. Seperti nasihat Salman kepada Abu Darda’ pada suatu ketika;

“Sesungguhnya bagi Rabbmu ada hak, bagi dirimu ada hak, dan bagi keluargamu juga ada hak. Maka penuhilah masing-masing hak tersebut”


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen