Sebelum Mahu Memiliki Kereta Sendiri, Wajib Untuk Anda Ketahui 5 Kos Ini.

 

Anak muda pada masa kini, pasti mahu berlumba dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dalam melakukan apa jua perkara. Seperti berkahwin pada usia yang muda, memiliki barang yang mewah, gaya hidup yang versatile dan seumpama dengannya.

Darah muda yang mengalir dalam badan, mendorong mereka untuk bertindak tanpa berfikir yang akan menyebabkan mereka menyesal di kemudian hari. Selain misi berkahwin yang menjadi keutamaan anak muda zaman sekarang, memiliki kereta juga adalah salah satu misi mereka, terutamanya kereta mewah.

Sebelum anda tergopoh-gapah untuk memiliki kereta sendiri, adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui 5 kos ini;

1. Bayaran ansuran bulanan.

Kebanyakan orang membeli kereta melalui pembiayaan/pinjaman bank, jarang yang membeli secara tunai. Maka, setiap bulan perlulah diperuntukkan sebahagian pendapatan untuk membayar hutang tersebut. Jika ikut formula pengurusan kewangan 30:10, 30% daripada gaji boleh diperuntukkan untuk bayaran hutang.

Tetapi, takkanlah nak gunakan sepenuhnya 30% untuk bayaran ansuran kereta sahaja. Yang paling penting, ansuran bulanan itu haruslah tidak membebankan dan mampu dibayar. Jika bayaran ansuran bulanan tertunggak, kereta boleh ditarikbalik dan nama boleh disenaraihitamkan.

Walaupun kereta dilelong pihak bank, mungkin hasil lelongan tidak mampu menampung baki hutang yang masih ada. Akibatnya, baki hutang masih perlu dijelaskan, nama telah disenaraihitamkan, rekod kredit menjadi tidak elok dan ini akan menyukarkan urusan permohonan pinjaman/pembiayaan yang lain.

2. Bayaran minyak petrol.

Kereta bergerak bukan menggunakan air, tetapi minyak petrol. Harga minyak pula bergantung kepada pasaran, ada masanya murah, ada masanya mahal. Walaupun murah atau mahal, kos untuk minyak petrol tetap perlu dikeluarkan.

3. Cukai jalan dan perlindungan insurans/takaful.

Setiap tahun, cukai jalan dan perlindungan insurans/takaful perlu diperbaharui. Semakin tinggi nilai kereta, semakin tinggi bayaran perlindungan insurans/takaful yang perlu dikeluarkan.

4. Kos penyelenggaraan.

Kereta mempunyai banyak komponen yang bergerak, jadi perlu diselenggara dengan berkala supaya dapat berfungsi dengan baik. Minima, setiap 6 bulan atau 2 kali setahun. Semakin lasak dan kerap kereta diguna, semakin kerap penyelenggaraan yang perlu dibuat.

Dan kos pula sudah semestinya akan semakin tinggi. Itu baru diambil kira penyelenggaraan asas seperti menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan penapis minyak. Belum dicampur lagi kos-kos menukar barang-barang seperti bateri, tayar dan suspension.

Belum juga dicampur lagi kos-kos membaiki kerosakan akibat kemalangan. Membela kereta memang memerlukan kos yang tinggi.

5. Tol dan parking.

Bagi yang menetap dan bekerja di luar bandar atau bandar-bandar kecil, mengkin tak perlu keluarkan banyak kos untuk tol dan parking. Tetapi, bagi yang tinggal di bandar-bandar besar dan memandu kereta, membayar tol dan parking boleh dikatakan menjadi kos wajib.

Bayaran tol dari semasa ke semasa sentiasa dinaikkan, begitu juga bayaran parking yang perlu anak muda titik beratkan.

Jadilah Anak Muda Yang Bijak Dalam Merancang Kewangan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,604 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen