Tataplah Wajah Suami Anda Ketika Dirinya Sedang Tidur Wahai Isteri.

 

Menjadi seorang isteri ini kadang kala kita terlalu sensitif, mudah merajuk tanpa memikirkan penat lelahnya si suami nak melayani kerenah kita ini. Bukan itu sahaja, kita juga kerap kali minta diberikan perhatian, sedangkan perhatian buat dirinya juga terbahagi antara dirinya dan anak-anak. Tidak cukup dengan itu, kita selalu mahu dia memahami kita, tapi kita pula tidak cuba untuk memahami suami kita sendiri.

Selalunya kita nak dia ada dalam setiap masalah kita sebagai pendorong dan pembahagi semangat, tapi kita pula yang tidak selalu ada dengan dirinya apabila dia dilanda masalah. Sebagai renungan yang lebih membantu kita lagi, mari baca sedikit perkongsian daripada saudara Mizan Dzai ini.



INGATAN BUAT ISTERI.

                          

Saat kau dah menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suami kau semasa dia sedang tidur.

Itulah orang yang tiada hubungan darah dengan kau namun tetap terus berusaha mencintai kau sedalam-dalamnya.

Sesekali masa suami pulang dari kerja atau dari tempat usahanya, pandang wajah dia dan cium tangannya.

Itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk memberi nafkah buat diri kau dan anak-anak.

Sedangkan, sebelum akad nikah dia tak punya hutang budi terhadap kau. Bahkan dia mempunyai hutang budi sampai mati kepada ibu dan bapanya.

Dia memilih kau sebelum sempat membalas seluruh hutang budi kedua orang tuanya.



Sesekali saat kau berdua dengannya, lihatlah suami kau itu, pandanglah wajahnya dengan penuh sayang.

Itulah peribadi yang boleh menutupi masalah-masalahnya diluar rumah, agar kau tak turut sedih kerananya.

Dia berusaha menyelesaikan masalahnya sendiri agar kau tidak ikut terbeban.

Sementara kau selalu mengadukan masalah kau kepadanya, berharap dia akan mengerti dan memberi penyelesaian.

Padahal saat itu masalahnya jauh lebih besar daripada masalah kau, namun kau tetap yang diutamakannya.

Semoga Allah jadikan keluarga kita semua sebagai keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen