Disebalik Senyuman Seorang Isteri, Ada Yang Tersirat Si Suami Wajib Ambil Tahu. Jom Ikuti Perkongsian Ini.

 

Setelah berkahwin, menjadi seorang isteri kadang-kala sangat mencabar kerana perlu tetap tersenyum walaupun dalam hatinya pedih dan perit.

Sayu melihat suami yang penat mencari rezeki, sudah tentu mengajar dirinya untuk menjadi seorang isteri yang berdikari.

Khuatir suami menjadi bengis, mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang bertenang.

Lelah melihat suaminya yang sentiasa berdiam diri apabila dilanda masalah, mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang tabah untuk menyokong suaminya dari belakang.

Namun, segala emosi yang terluah itu kadang-kala tidak terlihat dengan mata kasar si suami, yang membuatkan dirinya gagah juga untuk tersenyum. Untuk mengetahui kehidupan realiti dalam rumah tangga, pahit masam manis yang dilalui oleh pasangan suami isteri, anda boleh lihat perkongsian dari suadara Mohd Fhais ini…

********

Setiap kali nampak isteri balik kerja tersenyum saya senang hati. Ya lah, dalam fikiran kita bila orang senyum ni maknanya dia happy, tiada masalah.

Tapi tak sangka, di sebalik senyuman itu ada 1001 kesedihan yang tersorok.

Cerita dia macam ni.

Selama ni saya fikir dia tiada masalah pergi kerja pandu kereta sendiri, balik pun sendiri. Sebab setiap kali di tawarkan untuk hantar dia akan tolak, katanya nanti susah abg balik dengan aish sorang-sorang. Aish sekarang dah lasak.

Ok fine. Lepas tu masa balik kerja nampak dia kelihatan penat, tapi bila di tanya penat ke dia akan senyum dan geleng kepala je. Sempat lagi agah-agah aish dengan rania. Bukan main tergelak-gelak lagi.

Firasat masa tu kata dia ok.

Tapi semalam kebetulan saya ada urusan ke arah bandar dan lalu depan hospital, aish pun ada dengan atuk dan nenek jadi saya berkeras nak hantar dia kerja juga.

Masuk je kereta tak sampai 10 minit perjalanan dia dah buat pengakuan satu persatu. Pengakuan yang kedengaran sangat asing sebab pertama kali dengar dia luahkan.

Antara luahannya penat sangat kerja banyak sekarang, pinggang rasa sakit, stress selalu parking tak ada, bosan tempuh jem hari-hari dan banyak lagi keluhan yang keluar menderu-deru.

Subhanallah.. begini besar beban di sebalik senyuman itu. Di tanggung seorang diri, malah masih boleh tersenyum di depan anak-anak, suami dan orang lain. Hebat sungguh, saya pun tak mampu nak tersenyum kalau badan penat, sakit, stress. Meragam lagi adalah.

Inilah kekuatan hati seorang wanita!

Bahkan lelaki yang gagah seperti sekawan gajah sekali pun, hatinya tidak akan sekuat wanita.

Sebab itulah Allah dah tetapkan yang mengandung 9 bulan 10 hari itu wanita, yang bertarung nyawa bersalin itu wanita. Kerana inilah, soal hati lelaki lebih lemah berbanding wanita.

Hanya wanita sahaja yang boleh menghadapi 1001 dugaan dan rintangan tapi masih boleh tersenyum untuk jaga hati yang tersayang. Sungguh mulia !

Kadang-kadang lelaki pun kena jadi macam perempuan. Kalau rasa penat senyum, rasa marah senyum, rasa stres senyum. Bila mulut rajin senyum baru hati jadi kuat.

Nak badan sado pergi gym, nak hati sado keraplah senyum.

 

Image may contain: 2 people, people smiling, closeup

********

Semoga Dijadikan Iktibar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen