Anak Muda Harus Tahu Realiti Rumah Tangga Supaya Tidak Nampak Perceraian Adalah Satu Jalan Keluar.

 

Sebagai anak muda yang sentiasa berjiwa memberontak dan mahu mengikut arah tujuan sendiri sahaja pasti  pernah merasakan perkahwinan adalah misi hidup yang penting untuk anda laksanakan. Perkahwinan dan pernikahan seolah-olah membuat anak muda merasakan ia adalah tiket untuk menghalalkan hubungan secepat mungkin tanpa mengetahui cabaran rumah tangga yang sebenar.

Anak muda zaman sekarang seperti tutup mata tentang isu rumah tangga yang kian tular di sosial media, dan hanya merasakan ia tidak memberi pengajaran. Malahan, tidak mahu mendengar nasihat dari orang yang lebih tua dan berpengalaman kerana merasakan diri mereka mampu untuk menampung hidup sendiri tanpa pergantungan dari orang lain. Namun, mereka silap.

Kurangnya ilmu perkahwinan, rumah tangga, kewangan dan juga anak-anak membuatkan segelintir anak muda mudah membuat keputusan untuk bercerai dimana ia adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah SWT.

Jom ikut perkongsian dari suami ini iaitu saudara Abu Hurairah Asifa

********

Suami isteri,

Yang selalu bertanya hak dan meminta,

Percayalah.

Mereka akan semakin hilang banyak perkara yang baik dalam rumahtangga sendiri.

********

Rumahtangga kita takkan berjaya hanya kerana rumahtangga kita itu ada suami dan isteri orang islam.

Sorang nama Abu. Isteri nama siti.

Suami dan isteri yang hanya islam pada nama, tapi hidup macam tiada islam tu, tiada makna.

Maka,

Semasa nak kahwin, nampak apa dalam rumahtangga?

Katil?

Bantal?

Baju tidur?

Uruskan fikiran, dan belajarlah mengawal perasaan.

Bawa Tuhan dalam kehidupan. Jaga sembahyang kerana itu perhubungan dengan Tuhan.

Kita manusia!

Kita hamba!

********

Dalam Rumahtangga,

Bersyukurlah kita dapat menempuhnya, walau kita tidak berjaya, walau kita selalu sakit sahaja.

Dalam kehidupan, jika kita terlalu hendak berjaya, kita akan kecewa dan putus asa jika tidak dapat melakukannya.

Usaha menempuhnya, itu lebih utama.

Disitu kita belajar sabar, belajar bersyukur, belajar menerima, belajar memberi, siapapun kita. Suami atau isteri.

********  

Perkahwinan tidak menjanjikan bahagia jika kita hanya bertanya bila bahagia akan tiba.

Disaat kita berbalah sesama, terlupa usaha dulu semasa mahu bernikah dan bercinta,

Lupa pada susahnya mencari duit utk belanja kenduri bersama, payahnya mencari rezeki buat anak dan isteri kita, deritanya merindu meninggalkan pasangan saat berjuang dan bekerja.

Terlupa semua, akhirnya pernikahan dirasakan gagal serta putus asa dan jalannya, berpisah sahaja!

Meski kita lihat orang lain boleh berbelanja,

Tapi ketahuilah, bahawa sebenarnya kita lebih bahagia dengan cukup apa yang ada.

Jangan hanya terliur melihat yang lain bahagia, kita juga berhak sebenarnya.

Yang penting,

Usaha dan syukur.

********

Semoga Bermanfaat!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen